Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap. Anda seorang pengemar makanan sotong goreng tepung tetapi tidak tahu cara membuatnya menjadi rangup seperti yang dijual di restoran Seafood? Berikut dikongsikan Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap yang boleh dicuba sendiri di rumah. Antara masalah utama dalam membuat resepi ini adalah tepung selalu tertanggal dari sotong dan terlalu berminyak walaupun anda telah menggunakan pelbagai jenis tepung seperti tepung tempura, gogi dan tepung serba guna dalam mengoreng.


Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap

Tips Mengoreng Sotong Goreng Tepung Yang Rangup

Sebelum menyediakan resepi sotong goreng tepung ini, berikut dikongsikan beberapa tips dan teknik dalam menyediakan makanan ini yang dikongsikan dari Ruangan Dapur Azli Razali.
  • 1. Selepas membasuh sotong, sila pastikan airnya betul-betul ditoskan.
  • 2. Tepung yang dibancuh jangan terlalu cair kerana ianya kelak tidak akan melekat pada sotong.
  • 3. Pastikan minyak untuk mengoreng sotong perlu betul-betul panas. Minyak akan mudah menyerap ke dalam tepung yang digoreng bersama sotong jika ianya tidak cukup panas. Ini menjadikan proses menggoreng tidak berlaku dengan baik.
  • 4. Pastikan sotong yang digoreng tidak dimasukkan ke dalam kuali terlalu banyak dalam sesuatu masa. Goreng sedikit demi sedikit. 
  • 5. Biarkan tepung pada sotong itu garing dan barulah anda terbalikkan. Jika anda mengacau ketika tepung belum cukup garing, pasti tepung itu tertanggal dari sotong. 
  • 6. Sediakan alas pinggan dengan tuala kertas ketika mengangkat sotong supaya lebihan minyak dapat diserap dengan mudah.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap

Berikut di kongsikan Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap yang 
boleh dicuba sendiri di rumah bersama keluarga atau sahabat handai. Ingat, pastikan anda mengikut tips di atas dalam mengoreng supaya ianya rangup dan sedap.

Bahan-bahan

Berikut adalah senarai bahan-bahan dalam membuat resepi sotong goreng tepung :-
  1. 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  2. 1 cawan kecil tepung gandum
  3. 1/2 cawan kecil tepung jagung
  4. 3 sudu besar tepung beras
  5. Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  6. Serbuk lada putih secukupnya
  7. Serbuk lada hitam secukupnya
  8. Serbuk kunyit secukupnya
  9. Sebiji telur dipukul sedikit
  10. Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara Membuat

Sila ikut langkah-langkah berikut dalam membuat resepi sotong goreng tepung yang sedap dan rangup :-
  • 1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
  • 2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
  • 3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
  • 4. Panaskan minyak.
  • 5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
  • 6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
  • 7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Tips Mengoreng

Berikut dikongsikan juga tips tambahan dalam mengoreng sotong goreng tepung supaya ianya menjadi rangup dan sedap :-
  • 1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
  • 2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
  • 3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
  • 4. Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
  • 5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.
Resepi dishare dari FB Resepi Sheila Rusly.

Selamat mencuba Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap ini di rumah.

0 comment... add one now