Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Terbaik

Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Terbaik. Apa itu surat tunjuk sebab? Anda hendak tahu cara buat contoh surat? Surat tunjuk sebab dalam konteks pekerjaan biasanya dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja yang telah melakukan sesuatu kesalahan yang melanggar kontrak pekerjaan seperti kesalahan lewat datang kerja, cuti kecemasan, tidak hadir kursus dan lain-lain lagi. Pekerja yang diberikan surat tunjuk sebab hendaklah memberi penjelasan kepada majikan dengan memberikan alasan yang munasabah bagi mengelakkan dikenakan tindakan selanjutnya.

Berikut adalah contoh surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik dan boleh dijadikan panduan kepada mereka yang perlu menyediakan surat ini untuk menjawab surat majikan :-


Surat Tunjuk Sebab tidak hadir, tak datang bekerja

Contoh Surat Tunjuk Sebab

1. Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Mesyuarat

Ali Bin Abu
No. 1234, Jalan 5
Taman 6, 
77300 Merlimau
Melaka 

Tarikh 5-02-2016

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jasin 2 
Km 25, Jalan Jasin, 
77300 Merlimau, 
Melaka. 

Tuan, 

PER : SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAK HADIRAN MESYUARAT 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Saya ------------ tidak dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat pada hari Isnin 3 Februari 2016. 

3. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana demam dan sakit kepala.

4. Dengan itu, saya sudahi dengan ucapan mohon maaf di atas ketidak hadiran untuk bermesyuarat hari tersebut. 

Segala perhatian dan kerjasama puan amatlah dihargai. 

Sekian, terima kasih.

Yang benar, 


(-----------------) 

2. Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghadiri Kursus 1

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Chembong,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tarikh : 16hb. Mei 2013

Ahmad bin Halim 
No. 31, Jalan TTJ S/G,
Taman Tuanku Jaafar,
71450 Seremban, NSDK.

Tuan,

TUNJUK SEBAB TIDAK DAPAT MENGHADIRI KURSUS ANJURAN JPNS

Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas ingin merujuk kepada surat yang bernombor rujukan JPNS.SPA.KUR 700-5/2 Jld.03 ( ) bertarikh 13 Mei 2013 yang bertajuk Kursus Pemantapan Tatabahasa Untuk Sekolah Rendah Negeri Sembilan 2013 yang saya terima pada 15hb. Mei 2013.

2. Saya amat berbesar hati kerana nama saya tersenarai dan terpilih untuk mengikuti kursus tersebut selama 3 hari 2 malam di Hotel Naza Talyya, Melaka pada 19 – 21hb. Mei 2013.

3. Dengan Dukacitanya saya TIDAK dapat untuk menghadiri kursus tersebut kerana sebab- sebab seperti berikut :-

  • i. Tiada orang untuk menghantar dan menjemput anak saya ke sekolah (Tahun 1 dan Pra Sekolah)
  • ii. Pada 20-24hb. Ada peperiksaan KAFA untuk kelas kafa anak sulung saya jam 2.30 – 5.00 ptg dikelas Kafa As-Solihin (masalah menghantar dan menjemput balik)
  • iii. Saya terpaksa membeli makanan di kedai selama tempoh ibu mertua saya berpantang selepas pembedahan mata (Katarak) kerana ibu mertua saya masih belum dapat memulakan aktiviti memasak dalam tempoh tersebut.
  • iv. Isteri sayabertugas agak jauh dari Rembau (MPN Nilai) dan sukar untuk mendapat pelepasan cuti kerana cuti terhad.
  • v. Saya guru opsyen Bahasa Melayu tetapi di luar norma kerana menyandang jawatan sebagai GPB (Guru Penyelaras Bestari)

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat memahami masalah yang saya hadapi kerana ianya nampak kecil tetapi memberi kesan yang tersendiri terhadap masalah pengurusan harian saya buat masa kini.

5. Sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan dapat mengantikan saya dengan guru lain untuk tujuan kursus ini dengan menguhubungi pihak yang berkenaan.

Sekian, Harap maklum dan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………….
(AHMAD HALIM)

3. Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghadiri Kursus 2


PIHAK YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KURSUS TEACH SMART
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Mohd Ali Abu Bakar tidak dapat menghadirkan diri ke Kursus Teach Smart yang berlangsung di Bilik Mesyuarat pada hari Selasa 12 Jun 2012

3. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana persiapan auditoriumdan powerpoint membuat program Pengarah Turun Padang.

5. Dengan itu,saya sudahi dengan ucapan mohon maaf di atas ketidakhadiran untuk berkursus pada hari tersebut. Segala perhatian dan kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(MOHD ALI BIN ABU BAKAR)
Setiausaha Kokurikulum
SK Bandar Uda 2,
Johor Bahru.



4. Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Bertugas


Nama & Alamat anda

Tuan Pengurus,
Nama Majikan dan Alamat                                         10 OGOS 2015

Tuan,

PER: SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS

Merujuk Perkara di atas, Saya merangkap jawatan sebagai Penolong Juruteknik Kanan ingin menyatakan sebab kepada ketidakhadiran saya untuk bertugas pada 6/8/2015 yang lalu. Disebabkan kemampuan kesihatan yang terbatas, saya tidak mampu menggalas tugas yang diberikan pada hari tersebut.


2. Berikutan kecederaan yang disebabkan kemalangan di bengkel kimpalan kilang tempoh hari, kaki saya mula membengkak dan sakit,saya telah pun mendapatkan rawatan di pusat perubatan dan pakar mengesyorkan saya bercuti pada hari tersebut. Dengan ini,saya lampirkan sekali sijil cuti sakit yang mengesahkan kehadiran saya ke pusat perubatan tersebut bersama-sama surat tunjuk sebab ini.


Dengan itu, saya sudahi dengan ucapan mohon maaf di atas ketidakhadiran untuk bertugas dan amat mengharapkan kerjasama pihak tuan ,ini adalah kali pertama saya menulis surat tunjuk sebab diatas insiden yang berlaku kepada saya,dengan itu saya mohon maaf sekiranya format yang digunakan tidak kena dengan caranya.


Sekian, terima kasih.

5. Surat Tunjuk Sebab Lewat Datang Bekerja

Kepada :
Yang Dipertua.

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB KELEWATAN KE TEMPAT KERJA TANPA KEBENARAN
Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas dan surat dari  Jabatan Khidmat Pengurusan bertarikh 2 Mei 2013 adalah berkaitan.

2.         Adalah dimaklumkan, bahawa saya telah mendapat surat kelewatan ke tempat kerja tanpa kebenaran seperti berikut :-

Nama                                     :         
Jawatan                                 :         

3.         Sehubungan dengan itu, saya ingin memberi sebab bahawa pada tarikh-tarikh kelewatan tersebut seperti dilampiran, saya telah mengalami kesukaran untuk datang awal sebelum pukul 8pagi ke pejabat, kerana kesukaran saya menaiki motosikal kadang dalam keadaan hujan yang lebat. Tambahan pula, pada masa ini saya sedang menjaga atuk saya yang sedang sakit. Oleh itu saya sukar untuk menepati masa yang ditetapkan.


4.         Segala perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian.


Yang benar,


……………………………………………


Semoga semua Contoh Surat Tunjuk Sebab di atas ini dapat membantu anda dalam mengarang surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik.


0 comment... add one now