Harga Dan Spesifikasi iPhone SE Di Malaysia

Harga Dan Spesifikasi iPhone SE Di Malaysia. Persaingan di antara Apple dan Samsung dalam menjadi pengeluar smartphone terbaik dunia terus sengit. Kini Versi iPhone terbaru/ terkini dipanggil iPhone SE telah diperkenalkan oleh Apple pada 21 Mac 2016 di US. iPhone SE mempunyai chasis rekabentuk yang sama dengan iPhone 5 tetapi mempunyai spesifikasi hampir sama dengan iPhone 6S. Ianya hadir dengan warna Rose Gold bersama dengan warna asal yang terdapat di iPhone 5S iaitu grey, silver dan gold.

Sumber Apple

Spesifikasi iPhone SE

iPhone SE mempunyai hampir kebanyakan ciri-ciri yang terdapat di iPhone 6S termasuk pemprosesan A9 dengan M9 Motion coprocessor yang menjadikannya sepantas iPhone 6S. Berikut antara ciri-ciri yang terdapat di iPhone SE :-
  1. Skrin bersaiz 4.0 inci (1136 X 640 piksel)
  2. Kamera 12 megapiksel
  3. Rakaman video 4K 
  4. Sokongan untuk Live Foto
  5. 2X kepantasan CPU berbanding dengan iPhone 5S
  6. Kamera hadapan masih seperti lama iPhone iaitu 1.2 megapiksel berbanding  iPhone 6S yang mempunyai 5 megapiksel
  7. Kamera FaceTime HD dengan Retina Flash
  8. Kapasiti 16GB & 64GB
  9. Sensor cap Jari ID 
  10. Sokongan pembayaran Apple Pay 
  11. Berat 113 gram
  12. iOS 9
  13. Lain-lain spesifikasi boleh dirujuk di Apple. 

Harga iPhone SE Di Malaysia

Menurut Apple, IPhone SE akan mula dijual di Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Puerto Rico, Singapura, UK, US Virgin Island dan Amerika Syarikat. Ia boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara pada Mei. Pra pesanan boleh dilakukan pada 24 Mac dan akan mula dijual pada 31 Mac 2016. Ianya boleh didapati dalam kapasiti bersaiz 16GB dan 64GB dan akan dijual pada harga US $399 (RM1,600) dan AS $499 (RM2,000).
Harga iPhone SE di Malaysia akan dikemaskini dari masa kesemasa dengan jangkaan harga yang murah iaitu kurang daripada RM2,000. Jangkaan berada di pasaran Malaysia pada hujung bulan Mei 2016
* Terkini : Berikut adalah harga iPhone SE di Malaysia menurut Laman Web iPhone Malaysia :-
  1. iPhone SE 16GB - RM1,949
  2. iPhpne SE 64GB - RM2,449 

ipad Pro

Apple juga memperkenalkan iPad Pro baru yang boleh didapati di Malaysia selepas 31 Mac 2016 dengan anggaran harga yang bakal berubah selepas pelancaran seperti berikut :-

Versi WiFi 9.7in iPad Pro 

  • 32GB : harga US $599 (kira-kira RM2,429)
  • 128GB : harga AS $749 (RM3,036)
  • 256GB : harga AS $899 (kira-kira RM3,644)

WiFi Dan Versi Selular

  • 32GB : Harga AS $ 729 (kira-kira RM2,955)
  • 128GB : Harga US $ 879 (kira-kira RM3,565)
  • 256GB : Harga AS $ 1,029 (kira-kira RM4173)

Bagi peminat produk Apple, nantikan kemunculan iPhone SE yang lebih murah pada Mei 2016 nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari Apple Malaysia di http://www.apple.com/my/

0 comment... add one now