Gempak Superstar 2016 Astro

Keputusan Dan Senarai Peserta Gempak Superstar 2016 Astro. Program hiburan terbaru Astro iaitu Gempak Superstar 2016 akan menemui penonton bermula 10 April 2016 selama 6 minggu. Seramai 10 orang pelakon terkenal dan popular akan beraksi sebagai seorang penyanyi. Gempak Superstar akan bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Adakah program realiti hiburan terbaru ini mampu popular seperti Gegar Vaganza

Gempak Superstar 2016 keputusan dan senarai peserta

Gempak Superstar 2016 Astro

Berikut dikongsikan informasi tentang Gempak Superstar 2016 Astro termasuk senarai peserta, format pertandingan, hadiah serta keputusan mingguan. Hos rancangan Gempak Superstar adalah Sharnaaz Ahmad dan Scha Al Yahya. 

Senarai Peserta

Berikut adalah senarai 10 peserta Gempak Superstar 2016 iaitu 5 wanita dan 5 lelaki. Kesemua mereka adalah pelakon :

Wanita

  1. Tasha Shilla
  2. Raja Ilya
  3. Izreen Azminda
  4. Sherry Ibrahim 
  5. Siti Elizad

Lelaki

  1. Nazim Othman
  2. Sofi Jikan
  3. Ryzal Jaafar
  4. Dazrin Kamarudin
  5. Arja Lee

Format Pemarkahan

Kuasa undian masih digunakan dengan mereka diberi kuasa sebanyak 50 peratus untuk mengundi artis kesayangan. 50% markah selebihnya adalah dari penghakiman juri profesional
  • 50 % undian penonton
  • 50% juri profesional

Pengarah muzik dan vokal : Datuk Ramli MS 
Penasihat Drama : Datin Marlia Musa dan Pat Ibrahim
Penasihat Koreografi : Hanafi Rosdi

Senarai Hadiah Kemenangan Gempak Superstar 2016 Astro

Program ini menawarkan hadiah yang amat lumayan kepada pemenang seperti berikut:-
  1. Juara : Hadiah wang tunai RM100,000
  2. Naib Juara : RM25,000
  3. Tempat Ketiga : RM15,000
  4. Tempat Keempat : RM10,000

Keputusan Gempak Superstar Mingguan

Berikut dikongsikan keputusan Gempak Superstar 2016 Astro yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  • * akan dikemaskini

Selamat memnoton Gempak Superstar 2016 Astro dan semoga anda terhibur dengan aksi pelakon yang bakal beraksi sebagai penyanyi.

0 comment... add one now