Keputusan Tilawah Al-Quran 2016 Kebangsaan

Keputusan Pemenang Juara Majlis Tilawah Al-Quran 2016 Kebangsaan. Siapa Qari dan Qariah yang bakal menjadi Johan Majlis Tilawah Al-Quran ke 59 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya? Nantikan keputusan yang akan diumumkan nanti. Majlis Tilawah membaca Al-Quran 2016 bersamaan dengan 1437H diadakan di Dewan Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya dari 21 Mac sehingga 26 Mac 2016. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2016 kali ini disertai oleh seramai 28 orang Qari dan Qariah dari 14 buah negeri. Untuk memonton, anda boleh klik Live streaming di RTM TV1.

Johan Qari/ Qariah Tilawah Al-Quran 2016 Kebangsaan

Keputusan Tilawah Al-Quran 2016 Kebangsaan

Berikut adalah keputusan Johan Majlis Tilawah Al-Quran 2016 Kebangsaan:-
  • * Negeri Johor juara keseluruhan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-59 dengan markah 84.50 peratus

KEPUTUSANQARINEGERIQARIAHNEGERI
JOHAN
Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah
KelantanNor Azrah Bt AyubJohor
TEMPAT KEDUAZul-Hasyimi Bin Haji Mohamed YunusPahang
Nor Faizah Bt Panut
Selangor
TEMPAT KETIGAMohammad Husaini Bin MahmurNegeri SembilanPuteri Kalimatul Azzua Bt HamidPerak
  • ** Johan Qari dan Qariah akan mewakili Malaysia dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa 2016 pada 2 hingga 7 Mei 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. 
  • *** Johan menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala iringan, sebuah kereta Proton Exora, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Untuk makluman, senarai Juara Qari dan Qariah Kebangsaan untuk tahun sebelumnya adalah seperti berikut :-

TAHUNJOHAN QARINEGERIJOHAN QARIAHNEGERI
1437/ 2016* Wan Ainuddin Hilmi bin AbdullahKelantanHajah Nor Azrah AyubJohor
1436/ 2015Wan Ainuddin Hilmi bin AbdullahKelantanSiti Husnaa Binti HassanPahang
1435/ 2014Ahmad Tarmizi Haji AliTerengganuHanimzah binti JalaludinPahang
1434/ 2013Anuar bin HasinPerakHanimzah binti JalaluddinPahang
1433/ 2012Muhammad Anuar bin GhazaliKelantanHajah Che Aminah binti Che AwangW.Persekutuan
1432/ 2011Amirahman bin Hj. AbasN.SembilanHajah Suraya binti Hj. Abu HassanJohor
1431/ 2010Wan Ainuddin bin AbdullahW.PersekutuanHajah Nor Azrah binti AyubJohor
SUMBER


Tahniah kepada senarai pemenang Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran 2016 Kebangsaan.

0 comment... add one now