Live Streaming Keputusan JDT Vs Negeri Sembilan 4 Mac 2016

Siaran Langsung Keputusan JDT Vs Negeri Sembilan 4 Mac 2016. Pasukan manakah yang bakal layak ke suku akhir Piala FA Superbest Power 2016? Semuanya akan terjawab pada aksi perlawanan Piala FA 2016 Malaysia pusingan ketiga yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Mac 2016 melibatkan 16 pasukan. Perlawanan pada hari Jumaat akan menyaksikan perlawanan melibatkan pendahulu Liga Super 2016, Johor Darul Ta'zim (JDT) vs Negeri Sembilan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Perlawanan lain melibatkan pertembungan PDRM vs Selangor dan Kedah vs Kelantan yang akan disiarkan secara langsung di TV9.

Perlawanan JDT vs Negeri Sembilan pastinya hebat dengan pengendali JDT, Mario Gomez berkemungkinan besar akan merehatkan ramai pemain dalam  menghadapi saingan Kumpulan H Piala AFC 2016 menentang Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, Rabu ini.


siaran langsung Keputusan JDT Vs Negeri Sembilan 4 Mac 2016

Keputusan Perlawanan JDT vs Negeri Sembilan Piala FA 2016

Berikut adalah keputusan perlawanan JDT vs Negeri Sembilan serta 7 perlawanan lain yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. 

Jumaat, 4 Mac 2016 

  • PDRM vs Selangor : 2 - 1
  • JDT vs N. Sembilan : 4 - 1 (JDT - Azniee Taib min 6, Amri min 10 (Pen), Pereyra Diaz min 63 & 91 dan NS - Andrew Nabbout min 66)
  • Kedah vs Kelantan : 1 - 1 (Selepas masa tambahan). Kedah menang 5-4 sepakan penalti

Kesebelasan Pemain
JDT: Izham Tarmizi, Azammuddin Akil, Safee Sali, S. Kunanlan, Gary Steven Robbat, Fazly Mazlan, Amri Yahyah (C), Jasazrin Jamaluddin, Amer Saidin, Fadhli Shas, Azniee Taib
 

Simpanan: Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Jorge Pereyra Díaz, Shakir Shaari, Juan Martin Lucero, Nazrin Nawi

NS: Syed Adney Syed Hussein, R. Aroon Kumar, Taylor Francis George (C), Annas Rahmat, Andrew Nabbout, Alex Smith, Joel Chianese, Mohd Norhafizzuan Jailani, Khairul Anwar Shahrudin, Sabri Sahar, Mohd Shazlan Alias
 

Simpanan: Afiff Aizad Azman, Daniel Ting, Mohd Ashmawi Yakin, Hariri Mohd Safii, Muhd Nizam Ruslan, Mohd Nasriq Baharom, N. Thanabalan 

Sabtu, 5 Mac 2016

  • Pahang vs Sime Darby 
  • Perak vs Kuantan FA 
  • Sabah vs ATM 
  • Perlis vs KL
  • PKNS vs Felda Utd

Perlawanan pusingan ketiga akan dilangsungkan secara kalah mati dan 8 pasukan yang memenangi perlawanan akan diundi sekali lagi untuk aksi pusingan suku akhir Piala FA 2016 Malaysia yang akan dilangsungkan secara perlawanan timbal balik.
 

0 comment... add one now