Permohonan Biasiswa Sunway-Berita Harian 2016

Borang Permohonan Biasiswa Sunway-Berita Harian 2016. Berita baik buat pelajar yang layak dan ingin mendapatkan bantuan pendidikan seperti dikongsikan dari Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Sunway-Berita Harian 2016 kini di buka. Biasiswa Sunway-BH inu ditawarkan kepada Lulusan SPM dan STPM yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Sunway di mana sebanyak 17 Kursus Pengajian ada ditawarkan. 

borang Permohonan Biasiswa Sunway-Berita Harian 2016

Permohonan Biasiswa Sunway-Berita Harian 2016

Berikut dikongsikan panduan kepada pelajar cara-cara memohon Biasiswa Sunway-BH 2016 yang meliputi syarat-syarat permohonan, kursus yang ditawarkan dan Borang Permohonan :-

Syarat Kelayakan Memohon

Setiap pemohon haruslah memenuhi kriteria di bawah:
  1. Warga Malaysia berumur 16 tahun ke atas ketika mendaftar untuk program ini.
  2. Jumlah Pendapatan Tahunan Isi Rumah tidak melebihi RM 3,000.
  3. Memenuhi syarat minima kelayakan permohonan: STPM Purata C+ atau CGPA 2.33; 5C dalam SPM termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik (B3 dan ke atas untuk Bahasa Inggeris).
  4. Memiliki kemahiran kepimpinan yang baik melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  5. Tidak terikat atau menerima bantuan kewangan yang lain.
  6. Telah mendapat tawaran kemasukan dengan kursus pengajian yang diluluskan oleh Sunway University/ Sunway College (pengambilan March atau Ogos 2016).
  7. Tarikh tutup penghantaran Borang Applikasi adalah pada 1 Jun 2016.

Borang Permohonan Biasiswa Sunway-BH

Sila muat turun dan isi borang dalam PDF di Applikasi Permohonan secara manual.
Sila hantar Borang Applikasi kepada:
Biasiswa Sunway-BH
The New Straits Times Press (M) Berhad
Balai Berita, 31 Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

Tel: 1 300 22 6787

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan melibatkan kemasukan program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Business, Computing & Informating Systems, Hospitality, Life Sciences dan Psychology.

Untuk senarai penuh kursus yang ditawarkan, sila rujuk di KURSUS.

Kepada pelajar yang berminat dan layak, sila buat Permohonan Biasiswa Sunway-Berita Harian 2016 ini sebelum tarikh tutup pada 1 Jun 2016. Semoga berjaya dalam permohonan anda.

0 comment... add one now