Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2016 Online. Anda seorang peminjam pinjaman MARA yang belum diselesaikan sepenuhnya? Berita baik apabila MARA ada menawarkan Sistem Pemberian Insentif (Diskaun) 50% Pinjaman Pelajaran MARA melalui pembayaran sekaligus seperti syarat-syarat yang dinyatakan di bawah ini. Adalah diingatkan yang hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap pemohon. 

  • Pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan sempurna sebelum menhantar permohonan secara online. Permohonan pengurangan pinjaman MARA ini akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu. Sistem Pemberian Insentif (Diskaun) 50% Pinjaman Pelajaran MARA

Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online 

Sistem Pemberian Insentif (Diskaun) 50% Pinjaman Pelajaran MARA ini hendaklah di mohon secara online seperti panduan syarat-syarat berikut :-

Syarat Permohonan Pemberian Insentif (Diskaun) 50%

Pemberian Insentif (Diskaun) layak diberikan kepada peminjam pinjaman pelajaran MARA seperti berikut :-
  1. Peminjam yang lulus pengajian
  2. Peminjam yang telah mendapat tajaan bermula tahun 2010 dan sebelumnya serta tidak pernah mendapat kemudahan pengurangan bayaran balik (conversion).
  3. Peminjam yang telah mendapat pengurangan bayaran balik (conversion) adalah tidak layak untuk memohon kemudahan ini 
  4. Membuat bayaran lump sum (sekaligus)
  5. Boleh membayar pinjaman melalui potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. Peminjam perlu
    menyertakan bukti pengesahan penerimaan daripada KWSP jika hendak
    membuat bayaran Pemberian Insentif (Diskaun) 50% ini
  6. Rujuk Soalan Lazim permohonan di FAQ

Dokumen Untuk Permohonan

Dokumen yang diperlukan adalah :-
  1. Salinan Skrol Akademik yang telah disahkan benar dan dimuatnaik semasa permohonan secara online.
  2. Laporan polis perlu dibuat jika skrol akademik tiada dalam simpanan peminjam. Surat Pengesahan IPT dan laporan polis perlu disertakan bersama semasa permohonan dibuat.  

Cara Pembayaran

Pemohon yang telah menerima kelulusan untuk Pemberian Insentif (Diskaun)
50% ini dikehendaki membuat [embayaran melalui kaedah berikut :-

1. SECARA TUNAI/DERAF BANK/CEK BANK DI PUSAT MARA.

Bayaran tunai di Kaunter Bayaran :
  • a) Tingkat 3, Bahagian Kawalan Kredit, Ibu Pejabat MARA
  • b) Tingkat 2, Kaunter Penerimaan, Ibu Pejabat MARA
  • c) Pejabat MARA Negeri dan Daerah

2. SECARA TUNAI DI KAUNTER PEJABAT POS DAN BANK SIMPANAN NASIONAL.

3. MELALUI PERBANKAN INTERNET DI BANK-BANK KOMERSIAL TEMPATAN SEPERTI BERIKUT :

  • i) CIMB
  • ii) MAYBANK
  • iii) BANK ISLAM
  • iv) BANK RAKYAT
  • v) RHB BANK
  • vi) AMBANK
  • vii) AFFIN BANK
  • viii) PUBLIC BANK

Cara Hubungi MARA

Anda boleh menghubungi talian rasmi seperti berikut:

MARA CALL CENTRE

  • Talian Utama: 03-2613 2000 /35082 / 35084 / 35085 / 35086 / 35088

BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA

  • 03-261 32286 / 32399/ 32131 / 32288 / 32192 / 32133 / 32178 

EMAIL 

  • insentif50@mara.gov.my

ALAMAT

BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA,
TINGKAT 3, IBU PEJABAT MARA,                                      
21, JALAN RAJA LAUT,                                                   
50609 KUALA LUMPUR 



Selamat membuat Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online buat mereka yang layak dan semoga anda berjaya. Untuk semakan baki pinjaman pelajaran terkini sila layari Sistem eBaki.  

0 comment... add one now