Proton Perdana 2016 Harga Dan Spesifikasi

Proton Perdana 2016 Baru 2.4L Harga Dan Spesifikasi. Pasti ramai peminat kereta Proton ternanti-nanti bilakah pelancaran kereta baru Proton Perdana 2016. Walaupun tempahan telah dibuka sejak 16 Februari yang lalu, dijangkakan ramai akan hanya membeli kereta Perdana baru ini jika harga dan spesifikasi kereta ini menarik dan berbaloi. Difahamkan yang tarikh pelancaran akan dibuat pada Suku Pertama tahun 2016 (jangkaan pada hujung bulan Mac 2016). Tarikh pelancaran jelas semakin hampir apabila Laman Web Proton Edar telah mengeluarkan brosur pra-pelancaran "The New Perdana 2.4". 

  • Proton Perdana 2016 telah dilancarkan secara rasmi pada 14 Jun 2016. Saksikan koleksi gambar menarik kereta Proton terbaru di bawah ini.

Proton Perdana 2016 gambar

Proton Perdana 2016 (Perdana Baru 2.4)

Berikut adalah spesifikasi kereta Proton Perdana 2.4 tahun 2016 yang dikongsikan dari brosur pra-pelancaran dari Proton Edar Website dan juga Proton Perdana.com

Rekabentuk

  1. Headlamps + DRL
  2. Bodykit with Spoiler
Proton Perdana 2016 merah

Keselamatan

  1. Park assist (Reverse camera + Sensor depan dan belakang)
  2. ABS (Anti-Lock braking system)
  3. EBD (Electronic Brake Distribution)
  4. Electronic Stability Control
Proton Perdana 2016 design
Proton Perdana 2016 putih

Keselesaan

  1. Touch screen GPS Navigation
  2. Dual zone automatic Air conditioning
  3. 8 Way Power driver seat 
  4. Touch screen audio system
Proton Perdana 2016 aksesori

Performance

  1. High performance engine
  2. 5 speed automatic transmission with Paddle shifter
Proton Perdana 2016 performance

Spesifikasi Perdana 2.4L Premium

Berikut adalah spesifikasi kereta Proton Perdana 2016 versi premium :-
  • Jenis Enjin : 4 silinder 16 Valve DOHC
  • Sistem Fuel Supply : PGM-FI (Programmed Fuel Injection)
  • CC : 2,354
  • Transmisi : 5 speed auto
  • Panjang : 5020mm
  • Lebar : 1,845mm
  • Tinggi : 1,475mm
  • Berat : 1,535kg
  • Kapasiti tangki minyak : 70 liter
  • Kapasiti penumpang : 5 tempat duduk
Proton Perdana 2016 Spesifikasi enjin

Harga Proton Perdana 2016

Menurut Paultan, harga kereta Perdana ini dijangka berada dalam lingkungan RM100,000 hingga RM150,000 (Harga rasmi akan dikemaskini kemudian dari masa kesemasa).

* Berikut adalah harga rasmi kereta Proton Perdana 2016

Harga Semenanjung Malaysia

  • 2.0L Premium : RM 113,888.00/ Metallic & RM 113,438.00/ Solid
  • 2.4L Premium : RM 138,888.00/ Metallic & RM 138,438.00/ Solid

Harga Malaysia Timur

  • 2.0L Premium : RM 115,888.00/ Metallic & RM 115,438.00/ Solid
  • 2.4L Premium : RM 140,888.00/ Metallic & RM 140,438.00/ Solid 

Adalah menjadi harapan agar kereta Proton Perdana 2016 baru yang akan dilancarkan nanti mampu memberikan kepuasan kepada peminat kereta yang sudah lama menunggu pelancaran versi Perdana yang baru.

0 comment... add one now