Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa

Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa NKRA. SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA atau Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah adalah satu kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu Ibu Bapa untuk memantau perkembangan pelajaran anak mereka. SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan hanya boleh dibuat untuk semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5). 
Selain Semakan Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan.

saps ibu bapa

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah dan cepat yang perlu diikuti oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS NKRA) anak mereka. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini.
  1. Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  3. Klik Semakan Ibu Bapa

Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar

Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.
  • Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa "-" atau "SPACE")
  • Sila Pilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
  • Seterusnya Pilih Tahun ( 2011 hingga 2016) 
  • Dan akhirnya klik butang SEMAK LAPORAN

Nota

Sistem SAPs bagi Sekolah Rendah hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Tarikh Peperiksaan Dalaman Sekolah 2016

Untuk kemudahan ibu bapa, berikut adalah Takwim/ Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2016 mengandungi tarikh dan tarikh key-in markah ke sistem SAPS:-
  1. Ujian Awal tahun 
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Peperiksaan Percubaan
  4. Peperiksaan Akhir Tahun

tarikh peperiksaan sekolah 2016

Cara Hubungi

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)


Semoga kemudahan yang disediakan oleh KPM ini iaitu Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa dapat membantu Ibu Bapa dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran anak-anak mereka.

0 comment... add one now