Keputusan Juara Kilauan Emas Otai 2016 Konsert Akhir

Keputusan Juara Dan Senarai Peserta Konsert Kilauan Emas Otai 2016. Anda seorang peminat rancangan  hiburan popular Astro, Kilauan Emas? Berita baik apabila rancangan hiburan ini kembali lagi dengan edisi istimewa Kilauan Emas Otai 2016 bermula 9 Mac 2016. Konsert Kilauan Emas Otai akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras pada setiap Rabu dan boleh ditonton di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula jam 9 malam.  

  • Sistem permarkahan peserta setiap minggu adalah 50% daripada pihak juri, manakala 50% lagi menerusi undian SMS. Keputusan penyingkiran Konsert Kilauan Emas Otai 2016 boleh dirujuk di bawah ini.
  • Konsert Akhir Kilauan Emas Otai 2016 akan berlangsung pada 20 April 2016 dengan 4 finalis

konsert Kilauan Emas Otai 2016

Senarai Peserta Kilauan Emas Otai 2016

Berikut adalah 10 senarai peserta yang layak beraksi di dalam program Kilauan Emas Otai 2016 selepas konsert pertama berakhir dan mengandungi Lima Bekas Juara Kilauan Emas dan 5 peserta yang layak dari Hotseats.

Senarai Lima Bekas Juara

Lima orang Juara yang akan beraksi di pentas Kilauan Emas Otai secara automatik sehingga pentas akhir adalah :-
  1. Ali (KE 1)
  2. Fuad (KE 2)
  3. Meor (KE 3)
  4. Arip (KE 4)
  5. Mustar (KE 5).

Peserta Hotseats

Seramai 5 peserta daripada 10 peserta telah dipilih sewaktu konsert minggu pertama Kilauan Emas Otai (Hotsetas) yang diadili oleh tiga barisan pihak juri profesional. 10 peserta Hotseats dan status mereka adalah
  1. Elji, Johor, 44 tahun (naib Juara KE 5) : Layak
  2. Nas, Pahang, 45 tahun (tempat keempat KE 4) : Layak
  3. Silah, Johor, 55 tahun (tempat ketiga KE 3) : Layak
  4. Rina, Sabah, 65 tahun
  5. Idris. Perak, 54 tahun (naib juara KE 3) : Layak
  6. Aziana, Kuala Lumpur, 48 tahun
  7. Raida, Johor, 43 tahun
  8. Ben, Sabah, 65 tahun (tempat ketiga KE 4) : Layak
  9. Taurath, Sarawak, 51 tahun
  10. Shamsiah, Johor, 54 tahun

Juri Tetap

Barisan juri tetap adalah 
  1. Datuk Haji Ramli MS
  2. Erra Fazira

Tenaga Pengajar 

  1. Siti Hajar - guru vokal
  2. Ayai Ilusi - guru seni persembahan
  3. Shah Slam - pengarah muzik

Hos/ Pengacara

  1. Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin/ Kak Engku - Pengacara
  2. Zara Zya - Pengacara Nota Kilauan Emas Otai

Hadiah Kilauan Emas Otai 2016

Hadiah yang ditawarkan kali ini sungguh lumayan seperti berikut :-
  1. Juara Kilauan Emas Otai - wang tunai RM150,000 beserta trofi sumbangan astro. 
  2. Naib Juara - wang tunai RM50,000 beserta trofi
  3. Tempat ketiga - wang tunai RM30,000 beserta trofi
  4. Tempat keempat - wang tunai RM10,000 beserta trofi

Keputusan penyingkiran Konsert Kilauan Emas Otai 2016

Berikut adalah keputusan penyingkiran peserta di Konsert Kilauan Emas Otai 2016 yang akan dikemaskini setiap minggu:- 
  • Minggu 1 (Hotseats) : Rina, Aziana, Raida, Taurath & Samsiah (5 peserta)
  • Minggu 2 : Tiada Penyingkiran
  • Minggu 3 : Arip (Juara KE4)
  • Minggu 4 : Ali (Juara KE1). Peserta Silah akan beraksi di Maharaja Lawak Mega 2016 (minggu 10) sebagai Juara Mingguan.
  • Minggu 5 : Meor (Juara KE3) dan Ben (Ketiga KE4)
  • Minggu 6 (Separuh Akhir) : Sila (Ketiga KE3) dan Elji (Naib Juara KE5)
  • Minggu 7 : Finalis : Fuad, Idris, Nas dan Mustar

Keputusan Juara Kilauan Emas Otai 2016

Berikut adalah keputusan Konsert Akhir Kilauan Emas Otai 2016 yang berlangsung pada hari Rabu, 20 April 2016:-
  1. Pertama (Juara) : Mustar (Wang tunai RM150,000 beserta trofi)
  2. Kedua : Fuad (Wang tunai RM50,000 beserta trofi)
  3. Ketiga : Idris (Wang tunai RM30,000 beserta trofi)
  4. Keempat : Nas (Wang tunai RM10,000 beserta trofi)
  5. Anugerah Khas Juri : Silah (Wang Tunai RM10,000)

Selamat menonton dan semoga anda terhibur dengan Kilauan Emas Otai 2016 kali ini.

0 comment... add one now