Sekolah Terbaik STPM 2015

Senarai Sekolah Terbaik STPM 2015. Sekolah manakah yang menjadi sekolah terbaik untuk keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2015? Umum sedia maklum yang keputusan STPM 2015 telah diumumkan secara rasmi pada hari Rabu, 2 Mac 2016. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak berkata, keputusan STPM 2015 menyaksikan PNGK meningkat kepada 2.65 daripada 2.62 pada 2014.

Katanya, bagi peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00 untuk STPM 2015, yang membabitkan 335 calon, keputusannya menurun sebanyak 0.11 peratus kepada 0.80 peratus.

senarai Sekolah Terbaik STPM 2015

Senarai Sekolah Terbaik STPM 2015

Berikut adalah senarai sekolah terbaik keputusan STPM 2015 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan dan telah menerima Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 berdasarkan pencapaian purata gred masing-masing.
  1. • Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang, Selangor
  2. • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Hua Lian, Taiping, Perak
  3. • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra, Jitra, Kedah
  4. • SMK Tun Dr. Ismail, Muar, Johor
  5. • SMK Agama Persekutuan Labu, Seremban, Negeri Sembilan
  6. • SMK Agama Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
  7. • SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, Kelantan
  8. • SMK Dong, Raub, Pahang
  9. • SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  10. • SMK (Perempuan) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor

Semua sekolah terbaik diatas telah menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Terbaik dan Pelajar Terbaik STPM dan Malaysian University English Test (MUET) 2015.

Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2015

Sementara itu, Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2015 bagi kategori bandar diberikan kepada lima pe­nerima iaitu 
  1. Tee Wee Sin (SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat, Johor)
  2. Choong Wai Kean (SMK Sam Tet, Ipoh, Perak) 
  3. Chai Chin Chiet (SMK Seri Bandar Pontian, Pontian, Johor), 
  4. Wan Nursyafiqah Wan Rusli (SMK Tunku Temenggung, Pendang, Kedah)
  5. Too Hoon Lin (SMK Gajah Berang, Melaka).

Bagi kategori luar bandar pula, anugerah pelajar terbaik diberikan kepada :-

  1. Muhammad Hakim Suhaimi (SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan), 
  2. Nur Izwani Zulkifli (SMK Seri Intan, Machang, Kelantan), 
  3. Goh Kai Ying (SMK Mentakab, Mentakab Pahang), 
  4. Syamimi Sharifudin (SMK Tunku Putra, Batu Pahat, Johor) 
  5. Ooi Tzu Chia (SMK Dato’ Penggawa Timur, Pasir Gudang, Johor).

Loke Chia Chien A/L Loke Heng Fatt dari SMK Rompin, Rompin, Pahang dipilih sebagai Pelajar Terbaik STPM 2015 bagi kategori Orang Asli manakala Nurisan Salamoh dari KISAS dipilih bagi kategori pelajar luar negara.

Kategori pelajar istimewa me­nyaksikan empat penerima disenaraikan iaitu pelajar SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan, Muhammad Ikmalul Iktimam Mahadhir; pelajar SMK (Perempuan) St. George, Georgetown, Pulau Pinang, Felicia Pui Jia Yin; Azree Feekree Zamzuri (SMK St. John, Kuala Lumpur) dan Andrea Pui Jia Hui (SMK (Perem­puan) St. George, Georgetown, Pulau Pinang).

Dalam pada itu, Anugerah Pelajar Terbaik MUET bagi sesi Mac 2015 diterima oleh pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Saw Zhi Shan sementara sesi Julai diberikan kepada Chin Poh Lin Zoe (SMK Taman Sea, Peta­ling Jaya, Selangor).

Sesi November menyaksikan pelajar SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak, May Mee Win dipilih sebagai pelajar terbaik.

Semua mereka menerima sijil penghargaan, sebuah plak dan wang RM1,000. Sumber : Utusan Malaysia


0 comment... add one now