Sijil SVM Kini Setara SPM

Sijil SVM Kini Setara Dengan 3 Kredit SPM. Berita baik buat pelajar apabila Kementerian Pendidikan pada 23 Mac 2016 telah mengumumkan bahawa Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah setara dengan tiga kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penyetaraan SVM dan SPM ini telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan di Portal Rasmi KPM.

Penyetaraan SVM Dengan SPM

Menurut kenyataan KPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah setara dengan 3 kredit SPM bagi calon yang memperolehi syarat berikut :-
  1. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
  2. Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
  3. PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul vokasional

Laluan Pelajar SVM

Kenyataan KPM juga memaklumkan yang penyetaraan ini membolehkan pelajar lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang layak berpeluang untuk :-
  1. Melanjutkan pelajaran ke Diploma Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional 
  2. Boleh memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga ke tahap tertinggi iaitu pada Tahap 4
  3. Peluang menyambung pelajaran ke peringkat tertiari awam dan swasta dengan mengguna pakai SVM yang telah disetarakan
  4. Pelajar juga boleh memilih untuk meningkatkan kemahiran ke tahap lebih tinggi melalui institusi tinggi latihan kemahiran (ILK)

Berikut adalah kenyataan media KPM mengenai Penyetaraan SVM Dengan SPM pada 23 Mac 2016.

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia

Sijil SVM Kini Setara 3 kredit SPM

Semoga Transformasi Pendidikan Vokasional ini merupakan langkah terbaik yang mampu menyediakan peluang dan laluan pendidikan terbaik kepada semua pelajar.

0 comment... add one now