Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara Baru 2016

Biodata Datuk Muhammad Ibrahim. Tahniah kepada Datuk Muhammad Ibrahim atas perlantikan beliau sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 April 2016. Berikut dikongsikan Biodata Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara Baru di mana perlantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri. 

biodata Datuk Muhammad Ibrahim

Perlantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor kelapan adalah untuk tempoh lima tahun bermula dari 1 Mei 2016 untuk tempoh 5 tahun.

Gabenor Bank Negara Baru 2016 : Datuk Muhammad Ibrahim
Berikut adalah biodata ringkas Datuk Muhammad Ibrahim, gabenor Bank Negara Malaysia yang baru bermula 1 Mei 2016 :-
Seorang yang amat berpengalaman dalam dunia kawal selia kewangan dan penggerak utama agenda Sistem Kewangan Islam negara sewaktu menjadi Timbalan Gabenor dan Penolong Gabenor. 
  • Nama : Datuk Muhammad Ibrahim
  • Gelaran : Datuk MI
  • Umur : 56 tahun (Tahun 2016)
  • Jawatan Terkini : Gabenor Bank Negara Kelapan bermula 1 Mei 2016
  • Jawatan Sebelum : Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 2010
  • Tarikh Sertai Bank Negara : 1984

Latar Belakang Pendidikan

  1. Sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  2. Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya
  3. Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Beliau juga berkhidmat sebagai : 
  1. Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan
  2. Ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan
  3. Ahli Institut Akauntan Malaysia 
  4. Ahli panel Dana Amanah Nasional
  5. Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
  6. Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa 
  7. Felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.
Sumber 

Semoga perlantikan Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara yang baru mampu melonjakkan perkembangan ekonomi Malaysia.

0 comment... add one now