Biodata Khairul Idham Pawi Juara Moto3 2016 GP Argentina

Biodata Khairul Idham Pawi Juara Moto3 2016 GP Argentina. Tahniah, seorang lagi pelumba motosikal telah mengharumkan negara apabila memenangi tempat pertama dalam perlumbaan motosikal Moto3 Grand Prix Argentina awal pagi tadi. Khairul Idham Pawi yang mewakili pasukan Honda Asia mengatasi dua pencabar tempat kedua dan ketiga iaitu Jorge Navarro (Sepanyol) dan Brad Binder (Afrika Selatan). Untuk makluman, Moto3 adalah perlumbaan motosikal bercc 250cc manakala Moto2 dengan 600cc dan Moto GP dengan 1000cc.

  • Jadual dan Keputusan Penuh Moto3 tahun 2016 klik MotoGP. 

Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin Moto3

Biodata Khairul Idham Pawi Juara Moto3 2016 GP Argentina  

Berikut biodata ringkas Khairul Idham Pawi, pelumba muda harapan Malaysia masa depan.
  • Nama : Khairul Idham Pawi
  • Umur : 17 tahun
  • Tarikh Lahir :20 September 1998
  • Asal : Kg Gajah, Perak
  • Berat : 54 kg
  • Tinggi : 167 cm

Pencapaian

  1. Musim pertama Moto3 GP tahun 2016 bersama pasukan Honda Asia
  2. Tempat ke 6 : FIM CEV Repsol Moto3™ Junior World Championship tahun 2015
  3. Tempat ke 22 Moto3 GP Qatar 2016 (Perlumbaan Pertama)
  4. Juara Moto3 GP Argentina 2016 (Perlumbaan Kedua)

Keputusan Perlumbaan Moto3 GP Argentina 2016

Pelumba Malaysia berpeluang mencatat kemenangan posium 1-2 tetapi seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin yang mewakili pasukan Drive M7 SIC Racing Team terjatuh ketika hampir ke garisan penamat dalam litar yang basah. Beliau menamtkan perlumbaan di tangga ke 11 perlumbaan. Perlumbaan seterusnya adalah di Texas, Amerika Syarikat hujung minggu ini.
POSISIMATANOPELUMBANEGARAPASUKANJENTERAKm/hMASA/ BEZA
12589Khairul Idham PAWIMALHonda Team AsiaHonda145.541'35.452
2209Jorge NAVARROSPAEstrella Galicia 0,0Honda14426.17
31641Brad BINDERRSARed Bull KTM AjoKTM143.830.06
41355Andrea LOCATELLIITALeopard RacingKTM143.830.339
51136Joan MIRSPALeopard RacingKTM143.830.506
61076Hiroki ONOJPNHonda Team AsiaHonda143.830.736
7917John MCPHEEGBRPeugeot MC SaxoprintPeugeot143.732.493
8888Jorge MARTINSPAASPAR Mahindra Team Moto3Mahindra143.240.596
9784Jakub KORNFEILCZEDrive M7 SIC Racing TeamHonda142.945.667
10623Niccolò ANTONELLIITAOngetta-RivacoldHonda142.945.893
1157Adam NORRODINMALDrive M7 SIC Racing TeamHonda142.946.173
12458Juanfran GUEVARASPARBA Racing TeamKTM142.651.434
13320Fabio QUARTARAROFRALeopard RacingKTM142.257.893
1426Maria HERRERASPAMH6 LaglisseKTM141.8+1'05.983
15165Philipp OETTLGERSchedl GP RacingKTM141.7+1'08.426

Sumber : Motogp.com

Tahniah sekali lagi, semoga Khairul Idham Pawi Juara Moto3 2016 GP Argentina terus cemerlang dalam perlumbaan Moto3 tahun 2016 ini.

0 comment... add one now