Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 1 Julai 2016

Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan Awam 1 Julai 2016. Berita baik buat kakitangan awam sediada di Malaysia serta bakal penjawat awam apabila kerajaan akan melaksanakan langkah rasionalisasi skim perkhidmatan awam di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) seperti dibentangkan dalam Bajet 2016 yang lalu. RM1.4 bilion akan diperuntukkan untuk menambah baik perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Julai 2016 termasuk memberi satu kenaikan gaji tahunan, menambah baik 252 skim perkhidmatan dan gaji permulaan serendah RM1,200.


Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Awam 2016

Dipetik dari Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2016 yang diedarkan pada Khamis, 14 April 2016 yang boleh dimuat turun di bawah ini, langkah rasionalisasi skim perkhidmatan awam bertujuan untuk memastikan perkhidmatan tersebut mempunyai tenaga kerja yang kompeten selain mampu membantu merealisasikan visi dan agenda negara.
Ianya juga bertujuan untuk memperkemas pengurusan skim perkhidmatan tersebut dalam usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik, untuk mewujudkan beberapa fleksibiliti dalam pengurusan perkhidmatan awam dan juga menyediakan peluang dalam kemajuan kerjaya.
Berikut dikongsikan diantara Langkah Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Awam untuk panduan penjawat awam seperti berikut :-

A. Kenaikan Gaji Tahunan

  1. Seramai 1,6 juta penjawat awam di Malaysia akan menikmati Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan awam 
  2. Bermula dari 1 Julai 2016 di mana kerajaan bersetuju memberi faedah kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan

B. Gaji Permulaan Yang Lebih Tinggi

  1. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan. 
  2. Kakitangan awam akan menerima gaji permulaan minima sebanyak RM1,200 yang melebihi paras gaji minimum kebangsaan
  3. Gaji minimum kebangsaan adalah RM900 hingga RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia manakala RM800 hingga RM920 untuk Sabah dan Sarawak)

C. Faedah Kepada Kakitangan Gred 11

  1. Kakitangan Gred 11 akan mendapat gaji permulaan sebanyak RM1,200 berbanding RM837 sebelum ini. 
  2. Jika digabungkan dengan elaun sediada, kakitangan gred 11 dijangka akan dapat menikmati gaji lebih kurang RM1,500 sebulan.

D. Pemansuhan Gred 11 Dan 27

  1. Gred 17 dan Gred 27 akan dimansuhkan/ dihentikan dan kakitangan bagi kedua-dua gred ini masing-masing akan dinaikkan ke Gred lebih tinggi iaitu Gred 19 dan 29.
  2. Gred 17 diberikan kepada pekerja yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
  3. Gred 27 diberikan kepada mereka yang mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma.
  4. Mereka yang berada di Gred 17 dengan gaji semasa RM935 akan menikmati kadar gaji minimum RM1,350 sebulan selepas dinaikkan ke Gred 19.
  5. Penjawat awam dengan Gred 27 yang menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362 akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1,493 selepas naik ke Gred 29.

Lain-Lain Langkah Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016

  1. Skim saraan baharu akan memperlihatkan sebanyak 252 skim perkhidmatan awam sedia ada di naik taraf.
  2. Penambahbaikan skim yang bermula dari gred 11 hingga 40 dan melibatkan 1.3 juta kakitangan awam
  3. Pengiktirafan yang lebih baik terhadap pelatih Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
  4. Di bawah skim baru, mereka yang mempunyai sijil politeknik akan diiktiraf setanding dengan mereka yang mempunyai kelulusan Diploma atau STPM. Sebelum ini, mereka yang mempunyai sijil politeknik diletakkan pada tahap yang sama dengan lepasan SPM. sumber
Untuk maklumat lanjut, anda boleh memuat turun atau download PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 : Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia ini di 
  1. JPA dan
  2. Lampiran/Skim Perkhidmatan.
Semoga dengan langkah rasionalisasi perlhidmatan awam bermula 1 Julai 2016 akan mampu meningkatkan lagi prestasi penjawat awam serta mampu meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Malaysia.

0 comment... add one now