Lagu OST Suami Tanpa Cinta Astro Ria

Lagu Tema OST Suami Tanpa Cinta Astro. Drama terbaru adaptasi novel Suami Tanpa Cinta telah bersiaran di Astro Ria bermula 4 April 2016. Drama Suami Tanpa Cinta dibintangi oleh pelakon muda sedang meningkat naik iaitu Shukri Yahaya dan Janna Nick serta dibantu oleh Sarah Hildebrand, Mark Adam dan Cristina Suzanee. Ianya akan bersiaran sebanyak 16 episod di Astro Ria dan Astro Ria HD jam 1000 malam setiap Isnin hingga Khamis. Lagu tema OST adalah nyanyian Janna Nick bertajuk "Mungkin Saja".

Lagu tema OST Suami Tanpa Cinta Astro Ria


Lagu Tema OST Suami Tanpa Cinta

Berikut adalah lagu tema OST Cinta Tanpa Suami nyanyian Janna Nick beserta lirik. Juga dikongsikan sinopsis Cinta Tanpa Suami di bawah ini:-
  • Judul : Mungkin Saja
  • Penyanyi : Janna Nick

Lirik Lagu Mungkin Saja

Berlegar legar bermain di mataku
Berdebar debar degup jangtungku
Makin lama makin ku rasa rindu
Makin lama makin tertarik padamu

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkn saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Sekadar hello bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman aku bagai kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkin saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Satu, dua, tiga kali 
Jatuh cinta jatuh hati
Aduhai apa dah jadi
Mungkin tidak mungkin iya
Mungkin juga sama sama
Mungkin masih malu kata cinta

Sekadar hello bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman aku bagai kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkn saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta aaa
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta

Berikut dikongsikan sinopsis drama Suami Tanpa Cinta Astro Ria di mana ianya mengisahkan Zaidan Iman (Aid), Shukri Yahaya dan Ain Syifa (Janna Nick) berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga dari terkubur, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka. Namun perkahwinan mereka adalah bersyarat di mana sekiranya jatuh talak ke atas Ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka yang dibina.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. 

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain ? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah ? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu ?

Saksikan drama Suami Tanpa Cinta ini setiap Isnin hingga Khamis bermula 4 April 2016 di Astro Ria dan Astro Ria HD.

0 comment... add one now