Permohonan Kad Bas Muafakat Johor Percuma Online

Permohonan Kad Bas Muafakat Johor Percuma Online. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan/ pendaftaran Kad Bas Muafakat Johor Percuma. Ianya merupakan inisiatif baru yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam meringankan beban rakyat serta menangani kos sara hidup di bandar yang terus meningkat. Perkhidmatan Bas Percuma dikenali sebagai Bas Muafakat Johor akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 22 April 2016 di Terminal Bas Larkin.

Bagi menggunakan perkhidmatan Bas Muafakat Johor, pengguna perlu memohon/ mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor secara percuma di Kaunter Pendaftaran di lokasi yang dinyatakan di bawah ini. 

pendaftaran Kad Bas Muafakat Johor Percuma Online

Cara Mendaftar Kad Bas Muafakat Johor

Berikut dikongsikan maklumat penting secara ringkas mengenai maklumat kad dan cara mendaftar. Kad Bas Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna Bas Muafakat Johor bagi membolehkan pemilik kad menaiki bas secara percuma. Dua kaedah pendaftaran adalah melalui atas talian (online) dan manual.
  1. Pendaftaran online di DAFTAR KAD BAS MUAFAKAT
  2. Pendaftaran secara manual : Pemohon boleh dapatkan Kad Muafakat Johor di tempat-tempat berikut (KAUNTER PENDAFTARAN) bermula dari bulan April 2016 di mana tarikh sebenar akan dikemaskini di laman sesawang Bas Muafakat Johor

Bayaran Tahunan Kad

Walaupun tambang bas adalah percuma, pengguna masih perlu untuk membayar Caj minimum tahunan kad seperti kategori berikut :-
  1. Dewasa : RM10 setahun
  2. RM5.00 Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas), Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kanak-kanak sekolah (berumur 7-17 tahun),
  3. Percuma Kanak–kanak 6 tahun ke bawah

Apa Itu Bas Muafakat Johor?

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).
Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.

Laluan Bas Percuma Muafakat Johor

Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai. Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI)

Selamat membuat Permohonan Kad Bas Muafakat Johor Percuma Online kepada Rakyat Johor. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor atas usaha dan inisiatif yang dijangka mampu meringankan kos sara hidup dan dapat menambah baik sistem perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Johor.

KAUNTER PENDAFTARAN BAS MUAFAKAT JOHOR

kaunter pendaftaran kad bas muafakat johor
* Sila rujuk Laman Web Rasmi Bas Muafakat Johor untuk lokasi dan tarikh terkini

SUMBER : BAS MUAFAKAT JOHOR

0 comment... add one now