Senarai Sekolah Tutup Esok 20 & 21 April 2016

Senarai Sekolah Tutup Esok 20 Dan 21 April 2016. Perhatian kepada semua pelajar dan ibu bapa/ penjaga murid yang terlibat, berikut dikongsikan kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai makluman penutupan sekolah pada hari Rabu dan Khamis, 20 & 21 April 2016 melibatkan sekolah di daerah Jerantut, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan.  

Penutupan sekolah akibat cuaca panas dan kering ini (suhu melebihi 37 darjah celcius) walau bagaimanapun hanya melibatkan pelajar sahaja. Guru dan kakitangan sekolah dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa.

Senarai Sekolah Tutup Esok 20 Dan 21 April 2016

Berikut adalah Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan fenomena El Nino dan Gelombang Haba bertarikh 19 April 2016.

Sekolah Tutup (Hanya Daerah Jerantut, Pahang dan Daerah Kuala Krai, Kelantan) 

  • Cuti dua (2) hari pada 20 dan 21 April 2016 (Rabu & Khamis)
  • Cuti tidak perlu diganti
  • Cuti diberikan kepada pelajar sahaja. Guru dan kakitangan sekolah dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa.

Kenyataan Media KPM


Sumber Facebook KPM

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga yang terlibat perlu mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka semasa Sekolah Tutup Esok 20 dan 21 April 2016 di daerah yang dinyatakan di Pahang dan Kelantan.

0 comment... add one now