Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris TV3

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris Slot Akasia TV3. Sebuah drama baru adaptasi dari Novel "Duda Terlajak Laris" akan menemui peminat drama tempatan di Slot Akasia TV3 bermula 11 April 2016. Drama yang menggantikan Tundukkan Playboy Itu akan menampilkan pelakon sedang meningkat naik, Idris Khan dan pelakon wanita, Zara Zya. Drama ini terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd arahan Fairuz Loy. Lagu tema OST adalah Cinta Yang Sempurna nyanyian Qanda.  


Sinopsis Duda Terlajak Laris Slot Akasia TV3

Berikut adalah sinopsis drama Duda Terlajak Laris yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, 6.58 petang bermula 11 April 2016.

Watak Pelakon

  • Idris Khan sebagai Zafran Aldin (Zack)
  • Zara Zya : Pehah/ Inas
  • Wawa Zainal : Anis Nabihah
  • Bella Nazari : Idayu
  • Anis Al-Idrus : Zainura
  • Kuza : Zah

Drama ini mengisahkan Idris Khan sebagai Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia muda 18 tahun. Ini semua disebabkan perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya dalam satu insiden menukar sebiji mentol.  Demi menjaga air muka Tok Ayah yang menjadi Imam masjid kampung, Zack menikahi Pehah (Zara Zya) di usia yang muda. Selepas kejadian itu Zack melarikan diri ke Australia dan meninggalkan isterinya, Pehah tanpa pesan untuk tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya.

Dua tahun masa berlalu, Zack kembali pulang semula ke kampung halamannya selepas menerima panggilan tentang pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Dalam satu kejadian, Zack telah membuat keputusan untuk menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Namun, Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti beliau pasti akan datang mencarinya. Kata-kata ingatan itu seperti satu sumpahan apabila Zack gagal mencari pengganti dan tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah berlaku hampir 8 tahun. 

Ibu Zack yang mahukan beliau berkahwin lagi dan mempunyai keluarga sendiri, hampir berputusa asa apabila beberapa kali Zack gagal dalam pertunangan. Keadaan berubah apabila Zainura telah memperkenalkan Idayu kepada keluarga Zack di mana Idayu memang telah lama menyukai Zack sejak mereka berada di Australia lagi. Zack tanpa sebarang halangan telah ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah.
Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuatkan Idayu merasa cemburu. Idayu yang kecewa ketika itu telah terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal dunia. Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk rawatan giginya yang sakit dan telah dipertemukan dengan seorang doktor gigi wanita yang berpudah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas lebih mendalam apabila merasakan ada sesuatu yang pelik ketika hati Zack mula menyukai Inas. 

Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak laris ini? Saksikan Drama Duda Terlajak Laris di slot Akasia TV3 bermula 11 April 2016.

0 comment... add one now