Tarikh Dan Harga Tiket Final FA 2017 Pahang Vs Kedah

Tarikh Dan Harga Tiket Final FA 2017. Tahniah kepada pasukan Pahang dan Kedah yang berjaya layak ke Final Piala FA 2017. Bilakah tarikh perlawanan, tempat dan harga tiket perlawanan akhir 2017 FA CUP? Untuk makluman perlawanan akhir Pahang vs Kedah akan berlangsung pada hari Sabtu, 20 Mei 2017 di Stadium Shah Alam. Pada tahun lepas, JDT telah menjadi juara dengan menewaskan PKNS FC.

Final FA 2017 Pahang Vs Kedah

Harga Tiket Final Piala FA 2017

Bagi peminat bolasepak terutama buat kedua-dua penyokong Pahang dan Kedah yang berminat untuk menyaksikan perlawanan ini secara live di Stadium Shah Alam. Berikut adalah sedikit informasi berkenaan harga tiket perlawanan Final Piala FA Pahang vs Kedah pada 20 Mei 2017 :-
  • Jumlah keseluruhan tiket : 70,000 dan 2,000 keping tiket kanak-kanak
  • Peruntukan tiket : 32,000 tiket untuk Pahang/ 750 kanak-kanak dan 32,000 untuk Kedah/ 750 kanak-kanak
  • Tiket online : 6,000 keping tiket dan 500 keping tiket kanak-kanak
  • Penebusan tiket dikaunter Lobi VIP, Stadium Malawati 18 Mei 2017, Khamis bermula 12:00 tengahari (12:00pm - 6:00pm) hingga 19 Mei 2017, Jumaat bermula 10:00 pagi (10:00am - 6:00pm)
  • Harga Tiket Dewasa - RM50
  • Harga Tiket Kanak-Kanak - RM5

Tarikh Tiket Dijual

  • Bermula 18 Mei 2017 (Khamis) dari jam 1000 pagi
  • Cara Beli Tiket Secara Online - Dijual seawal 900 pagi pada 17 Mei 2017 (Rabu) : Klik http://www.tickethotline.com.my/
  • Lokasi Perlawanan - Stadium Shah Alam, Selangor

Maklumat Penting Lain

  • Pahang bertindak sebagai tuan rumah
  • Pintu Stadium dibuka: 400 petang
  • Sepak mula: 900 malam

Pintu Masuk Penyokong

  • Pahang - Pintu Quadron C & B
  • Kedah - Quadron A & D

Sumber Facebook Kedah FA 

Tahniah sekali lagi kepada pasukan Pahang dan Kedah. Maklumat Harga Tiket Final FA 2017 di antara Pahang Vs Kedah akan dikemaskini dari masa kesemasa.

0 comment... add one now