Drama Seindah Takdir Cinta Slot Akasia TV3

Lagu OST Dan Sinopsis Seindah Takdir Cinta Slot Akasia TV3. Sebuah lagi drama adaptasi novel bertajuk Seindah Takdir Cinta akan mengisi Slot Akasia TV3 selepas berakhirnya drama Duda Terlajak Laris. Drama Seindah Takdir Cinta, drama istimewa Ramadhan ini akan mula ditayangkan di TV3 bermula hari Rabu, 25 Jun 2016 dengan pelakon utama adalah Amyra Rosli dan Syarul Ridzwan. Pengarah drama adalah Zul Huzaimi dan di bawah terbitan produksi Zeel Production Sdn Bhd. Lagu tema OST adalah "Takdir Cinta" nyanyian Fauziah Latiff ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya.

lagu ost dan sinopsis Seindah Takdir Cinta Slot Akasia TV3

Drama Seindah Takdir Cinta

Berikut dikongsikan informasi ringkas mengenai drama Seindah Takdir Cinta :-
  • Tarikh mula siaran : Rabu, 25 Mei 2016
  • Slot : Akasia TV3 (Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 6.58 petang)
  • Jumlah : 28 Episod
  • Tajuk Novel : Seindah Takdir Cinta
  • Terbitan : Buku Prima
  • Novelis : Kamsiah Abu 
  • Lagu OST : Nyanyian Fauziah Latiff (Takdir Cinta : akan dikemaskini)

Senarai Pelakon

  1. Amyra Rosli : Mia Karmila
  2. Syarul Ridzwan : Shahriman
  3. Redza Rosli : Adrian
  4. Azri Iskandar : Dato' Kamal
  5. Mahmud Ali Basha
  6. Amai Kamaruddin : Fendi
  7. Ifa Raziah : Datin Mariam
  8. Mubarak Majid
  9. Lydiawati
  10. Rudy Imran

Sinopsis Drama Seindah Takdir

Drama ini mengisahkan tentang Mia Karmila (Amyra) seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan. Pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman atau Aiman (Saharul) telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.

Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati Islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza), macho dan masih muda tetapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berfoya-foya. Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila.

Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, untuk memiliki Mia walaupun dengan cara paksaan.

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama? Dapatkah mereka memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka? Sumber

Nantikan kesudahan drama menarik ini dan saksikan Drama Seindah Takdir Cinta Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis.

0 comment... add one now