PRK Kuala Kangsar 2016 P67 Keputusan Dan Senarai Calon

Keputusan PRK Kuala Kangsar Perak 2016. Umum sedia maklum yang Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar 2016 (P67) untuk kerusi Parlimen akan diadakan pada 18 Jun 2016 susulan penyandang kerusi iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei yang lalu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 5 Jun 2016 manakala pengundian awal pada 15 Jun.

  • Keputusan PRK Sungai Besar 2016 - Klik P93

keputusan PRK Kuala Kangsar 2016 P67

PRK Kuala Kangsar 2016 P67 : Senarai Calon Dan Keputusan

Berikut dikongsikan sedikit maklumat penting tentang Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan Parlimen Kuala Kangsar 2016 :-
  • Pilihanraya Kecil : PRK Kuala Kangsar 2016 (PRK)
  • Tarikh Penamaan Calon : 5 Jun 2016
  • Pengundian Awal : 15 Jun 2016
  • Tarikh Mengundi : 18 Jun 2016
  • Penyandang : Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
  • Pengundi Berdaftar : 32,632 (312 pengundi awal) 

Keputusan Pilihanraya 2013

  • Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad : BN–UMNO - 14,218 undi
  • Khalil Idham Lim Abdullah : (PAS) - 13,136 undi
  • Kamilia Ibrahim : Bebas - 447 undi 
  • Majoriti : 1,082 undi

Senarai Calon PRK Kuala Kangsar 2016

Berikut adalah senarai calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar :-
  1. Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, 61 tahun (Parti Amanah Negara : PAN)
  2. Dr Najihatussalehah Ahmad, 50 tahun (PAS)
  3. Datin Mastura Yazid, 55 tahun (UMNO-BN)
  4. Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) 

Keputusan PRK Kuala Kangsar 2016

Berikut adalah keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar, Perak 2016
  • Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, 61 tahun (Parti Amanah Negara : PAN) : 4,883 undi
  • Dr Najihatussalehah Ahmad, 50 tahun (PAS) : 5,684 undi
  • Datin Mastura Yazid, 55 tahun (UMNO-BN) : 12,653 undi
  • Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) : 54 undi
Undi Rosak : 239 undi
BN menang dengan majoriti 6,969 undi  

Keputusan Dan Senarai Calon PRK Kuala Kangsar 2016 P67 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. 

0 comment... add one now