Resepi Biskut Mama Carey Sedap

Resepi Biskut Mama Carey Sedap. Biskut Mama Carrie atau Biskut Mama Carey adalah sejenis biskut moden/ kuih yang popular dan mudah/ senang di buat di musim perayaan Aidilfitri. Biskut ini berbentuk kecil dengan pelbagai bentuk dan warna seperti love, butterfly, pink dan banyak lagi. Berikut dikongsikan resepi Biskut Mama Carey yang sedap untuk panduan mereka yang bercadang untuk membuat sendiri di rumah. Boleh cuba dan kalau tidak berjaya bolehlah beli di kedai.


Resepi Biskut Mama Carey/ Carrie

Bahan-bahan:

  • 150gm mentega
  • 200gm tepung gandum
  • 50gm gula aising
  • 60gm tepung jagung
  • ½ sudu kecil essen vanilla

Cara penyediaan:

  • Pukul mentega bersama gula. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
  • Gaul sehingga sebati dan canai. Terap mengikut cita rasa anda

Bahan untuk permukaan:

  • 2 biji putih telur
  • 150gm gula aising
  • 15gm tepung jagung
  • ½ sudu kecil essen vanilla

Cara penyediaan:

  • Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan tepung jagung dan gula aising sedikit demi sedikit.
  • Bancuh sedikit adunan dengan pewarna coklat emalco.
  • Letak diatas adunan yang telah dicetak dan bakar sehingga masak.
Sumber – Majalah Saji edisi Julai 2005


Selamat mencuba Resepi Biskut Mama Carey Sedap di rumah.

0 comment... add one now