Cuti Khas Penjawat Awam 8 Julai 2016

Cuti Khas Penjawat Awam 8 Julai 2016. Berita baik buat kakitangan awam apabila Kerajaan bersetuju untuk memberikan cuti khas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016 iaitu Hari Raya Aidilfitri Ketiga jika Hari Raya diisytiharkan pada 6 Julai 2016 (Rabu). Cuti peristiwa atau Pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016. Tarikh hari raya akan diumumkan pada malam Isnin, 4 Julai 2016.

cuti khas hari raya 2016

Cuti Khas Penjawat Awam 8 Julai 2016

Pemberian pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 hanya terpakai kepada Kakitangan Awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri-negeri yang hari kelepasan mingguannya ialah pada hari Ahad.

Berikut dikongsikan Nota Dr Ali Hamsa mengenai Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 8 Julai 2016 (Jumaat) Sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 :-


Cuti kakitangan awam 8 Julai 2016
Untuk maklumat lanjut, penjawat awam boleh merujuk Surat Edaran : JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3(11) di JPA.

Terkini

Kerajaan Johor dan Terengganu bersetuju untuk memberi pelepasan khas daripada bertugas (cuti peristiwa) pada 10 Julai ini kepada penjawat awam negeri ini jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Terima kasih Kerajaan dan selamat bercuti buat Kakitangan Awam pada 8 Julai 2016.

0 comment... add one now