Honda Civic 2016 Malaysia Harga Dan Spesifikasi

Harga Dan Spesifikasi Honda Civic 2016 Malaysia. Honda Civic, antara kereta popular pilihan rakyat Malaysia dalam Segmen C kini mempunyai model baru 2016 (Generasi ke 10) yang dilancarkan di Malaysia pada 9 Jun 2016. Honda Civic ditawarkan pada pasaran tempatan dengan pilihan 2 enjin dalam tiga varian iaitu 1.8S i-Vtec dan 1.5 VTec Turbo serta 1.5VTec Turbo versi Premium. Harga bermula dari RM113,800 hingga RM135,800, dengan jaminan selama 5 tahun dan jarak perbatuan tanpa had dengan jarak selang servis 10,000 kilometer.
Honda Civic 2016 Malaysia warna putih

Harga Dan Spesifikasi Honda Civic 2016 Malaysia

Honda Civic 2016 merupakan generasi kesepuluh kereta Civic dimana kali terakhir ianya dilancarkan pada tahun 2012 (Civic generasi ke 9). Kehadirannya amat dinantikan terutama buat peminat Civic walaupun pelancarannya di rantau ini adalah lewat berbanding negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Honda Malaysia ada menawarkan tiga varian di pasaran Malaysia iaitu 
  1. Civic 1.8S (Model Asas)
  2. Civic 1.5 Turbocharged (TC) : Specs pertengahan
  3. Civic 1.5 Turbocharged Premium (TC-P) : Spec Tertinggi
Honda Civic 2016 Malaysia putih depan

Spesifikasi Honda Civic 2016

Model Civic baru 2016 ini mendapat penambahbaikan seperti berikut :-
  1. Sistem turbo bukanlah seperti turbo konvensional
  2. Turbo berkapasiti kecil yang mampu menghasilkan terjahan kuasa bersamaan dengan enjin 2.4 liter
  3. Enjin untuk 1.5 Turbo menggunakan sistem Dual-VTC yang membantu meminimakan sisa gas di dalam silinder

Berikut adalah spesifikasi Honda Civic 2016 Malaysia yang dikongsikan dari Honda Malaysia :-
 

VarianHonda Civic 1.8 SHonda Civic 1.5 TCHonda Civic 1.5 TC-P




ENJIN




Engine Type4 Cylinder, 16 Valve, SOHC i-VTEC4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO
Displacement (cc)1,7991,4981,498
Fuel Supply SystemElectronic Fuel Injection (PGM-FI)Electronic Fuel Injection (PGM-FI)Electronic Fuel Injection (PGM-FI)
Maximum Power [PS(kW)@rpm]141(104)@6,500173(127)@5,500173(127)@5,500
Maximum Torque [Nm(kg-m)@rpm]174(17.4)@4,300220(22.4)@1,700-5,500220(22.4)@1,700-5,500

TRANSMISI




Transmission TypeContinuous Variable Transmission (CVT)Continuous Variable Transmission (CVT)Continuous Variable Transmission (CVT)
PERFORMANCE


Maximum Speed (km/h)200200200
Acceleration 0-100 km/h (secs)10.48.28.2

SISTEM STEERING




TypeElectric Power Steering (EPS)Electric Power Steering (EPS)Electric Power Steering (EPS)
Turning Radius at Body (m)666

SISTEM SUSPENSI




FrontMacPherson StrutMacPherson StrutMacPherson Strut
RearMulti LinkMulti LinkMulti Link
BRAKING SYSTEM


FrontVentilated DiscVentilated DiscVentilated Disc
RearSolid DiscSolid DiscSolid Disc
Parking BrakeElectric Parking BrakeElectric Parking BrakeElectric Parking Brake

TAYAR  & RODA




Alloy16"17"17"
Tyre Size215/55R16215/50R17215/50R17
Spare Wheel16"16"16"
DIMENSIONS


Length x Width x Height (mm)4,630 x 1,799 x 1,4164,630 x 1,799 x 1,4164,630 x 1,799 x 1,416
Wheelbase (mm)2,7002,7002,700
Tread Front/Rear (mm)1,547/1,5631,547/1,5631,547/1,563
Curb Weight (kg)1,2511,3141,316
Boot Capacity (Litre)519519519


Spesifikasi Lain
  1. Lampu utama dan lampu kabus hadapan LED untuk spesifikasi tertinggi 1.5TC-P. 
  2. Untuk varian 1.8S dan 1.5TC ianya dipadankan dengan lampu utama projektor halogen dan lampu kabus hadapan halogen
  3. Semua model mempunyai lampu nyalaan siang LED
  4. Pemegang pintu luaran dengan warna yang sama dengan badan bagi varian 1.8S dan 1.5TC. Manakala krom untuk 1.5TC-P
  5. Lampu belakang berbentuk-boomerang (umpama sepit ketam) untuk bentuk yang garang dan bergaya
  6. Kesemua varian dilengkapi dengan Walk Away Auto Lock di mana ianya boleh mengesan kunci bergerak sejauh 2.5 meter dari kenderaan dan pintu akan terkunci secara automatik
  7. Disertakan dengan teknologi yang ada pada model Honda Accord facelift iaitu Kawalan Menghidup Enjin. Enjin boleh dihidupkan dengan menggunakan butang kawalan pada kunci sekaligus akan menghidupkan penghawa dingin dan enjin
meter panel led Honda Civic 2016 Malaysia

Harga Honda Civic 2016 Malaysia

Seperti dinyatakan awal tadi, Harga honda Civic bermula dari RM113,800 hingga RM135,800 bergantung kepada varian. 

VarianHonda Civic 1.8S [2016]Honda Civic 1.5TC [2016]Honda Civic 1.5TC-P [2016]




Selling Price103,532.37116,729.52124,094.69
GST 6%6,211.947,003.777,445.68
Selling Price (Inclusive GST 6%)109,744.31123,733.29131,540.37
Road Tax (1 Year)279.29090
Registration Fee300150150
Number Plate (Inclusive GST 6%)535353
Ownership Endorsement Fee505050
Retail Price Without Insurance (Inclusive GST 6%)110,426.51124,076.29131,883.37
Insurance (Inclusive GST 6%)3,373.493,723.713,916.63
On the Road Price with Insurance (Inclusive GST 6%)113,800.00127,800.00135,800.00
Surcharge for White Orchid Pearl300.00*300.00*300.00*
Sum Insured110,000.00124,000.00131,000.00

HondaMalaysia akan menawarkan kit-kit badan pilihan dari Modulo untuk menyerlahkan lagi gaya Honda Civic 2016.

Jika anda berminat dengan Honda Civic 2016 yang baru ini, bolehlah kunjungi wakil pengedar Honda Malaysia di seluruh negara di HONDA.

Kredit : Honda Malaysia

0 comment... add one now