Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Rumi. Cara lafaz niat puasa Ramadhan. Umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia akan mengerjakan puasa wajib setiap tahun iaitu di bulan ke sembilan dalam Kalendar Islam iaitu Bulan Ramadhan. Tarikh mula puasa di Malaysia pada tahun 2016/ 1437H adalah pada 6 Jun 2016 menurut Kalendar Islam 2016. Sebagai panduan, berikut dikongsikan cara lafaz niat puasa Ramadhan dan doa berbuka puasa termasuk dalam bacaan rumi.


Niat Puasa dalam rumi

Bagi mereka yang ingin mengada puasa, anda boleh merujuk panduan dan cara niat puasa ganti di Qada Puasa. Anda juga boleh merujuk Kalendar Puasa Sunat dan Wajib 2016.

Firman Allah S.W.T:  
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

Niat Puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat puasa dalam bahasa Arab, memadai jika ianya di baca dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
  • Niat Puasa Ramadhan

    Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah ta'ala
    • Niat Puasa sebulan

      Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala 
 lafaz niat puasa dalam rumi dan niat puasa sebulan 
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Doa Berbuka Puasa

Berikut adalah doa berbuka puasa beserta bacaan dalam rumi:-
 
dia buka puasa rumi

Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa


doa selepas berbuka
Doa Selepas Berbuka Puasa

SUMBER : Madrasah Nadhah Hasanah & Shafiqolbu


Semoga Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa ini bermanfaat buat semua. Semoga amal kita diterima oleh yang Maha Esa.

0 comment... add one now