Resepi Kuih Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap

Resepi Kuih Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, berikut dikongsikan resepi aneka kuih muih menu berbuka puasa yang mudah dan sedap serta ringkas sebagai panduan. Walaupun banyak buffet Iftar dan bazar Ramadhan terdapat sepanjang bulan puasa ini, kita mungkin ingin mencuba masakan sendiri jika sudah bosan dengan menu masakan yang sama terdapat di luar.

resepi badak berendam

Resepi Aneka Kuih Muih Menu Berbuka Puasa

Berikut dikongsikan resepi cara-cara membuat kuih sendiri yang ringkas, mudah dan sedap. Antara kuih yang popular sepanjang bulan Ramadhan adalah Karipap, Ondeh-ondeh, puding jagung, bingka ubi dan banyak lagi.

1. Resepi Karipap

Bahan-bahan :
resepi karipap
Untuk inti :
  1. 3 sudu makan minyak masak
  2. 1 batang kulit kayu manis
  3. ½  sudu teh makan jintan manis
  4. ½  inci halia
  5. 1 biji bawang besar
  6. 2 ulas bawang putih
  7. 2 sudu makan rempah kari
  8. 1 sudu teh serbuk cili (jika mahu pedas)
  9. 2 sudu makan gula
  10. 1 sudu teh garam
  11. ½ kg ubi kentang/ keledek(potong dadu)
  12. 100 gram daging lembu/ayam
  13. 2 cawan air
* Ditumbuk bersama 2 & 3 dan 4,5, 6
** Bancuh dengan 2 sudu makan air No 7 & 8

Untuk kulit :

  1. 500 gram tepung gandum
  2. 1 cawan minyak masak (panaskan)
  3. ½  ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara Membuat:
Untuk inti :

  1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis dan jintan manis hingga naik bau.
  2. Masukkan masukkan halia, bawang besar dan bawang putih. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk kari dan cili. Kacau rata hingga terbit minyak.
  4. Masukkan gula, garam dan daging. Kacau rata hingga daging separa masak.
  5. Masukkan ubi kentang/keledek dn air. Kacau seketika dan tutup periuk dengan api yang kecil. Biarkan seketika hingga ubi empuk.
  6. Tutup api setelah masak dan ketepikan.
Untuk Kulit :
  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Curah minyak panas ke dalam tepung. Gaul rata membentuk doh. (tambah tepung atau minyak jika doh terlalu lembut atau keras)
  2. Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu makan inti, tutup dan kelim kemas-­kemas / gunakan acu karipap untuk menutupnya dan elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
  4. Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

2. Resepi Bingka Ubi 

Bahan­- bahan :
  • 5 cawan ubi parut
  • 6 cawan santan pekat
  • 3 biji telur ayam
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 1 sudu teh garam
Cara Membuat:
  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak di dalam mangkuk dan digaul rata.
  2. Sapu rata loyang dengan minyak masak. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
  3. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakarpada suhu 180'C selama 1 jam/masak.
  4. Sejukkan dan potong
resepi bingka ubi

3. Resepi Kuih Keria

Bahan-­bahan :
  1. 600 gramm keledek (rebus dan lecek)
  2. Setengah cawan air
  3. 5 sudu makan gula pasir
  4. Tepung gandum secukupnya
  5. ½  ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
  1. Masukkan keledek ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit­sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembut atau terlalu keras.
  2. Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan serta lubangkan di tengah­tengahnya. Buat hingga habis.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng adunan tadi sehingga kemasan.
  5. Dalam kuali yang lain, masak gula bersama air hingga likat. Masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk putih, padamkan api.

4. Resepi Buah Melaka Atau Ondeh-Ondeh

Bahan­- bahan :
  1. 1 bungkus tepung pulut
  2. 1 cawan tepung gandum
  3. 1 sudu garam
  4. ½ sudu teh pewarna hijau
  5. 2 helai daun pandan
  6. Air secukupnya
  7. 2­3 keping gula melaka (dipotong dadu)
  8. 1  biji kelapa parut (putih sahaja)
Cara :
  1. Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi doh.
  2. Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka di tengah-tengahnya.
  3. Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Bebola timbul apabila masak. Angkat dan salutkan dengan kelapa parut.

5. Resepi Kuih Seri Muka


A. Lapisan Bawah:



  • 600 gram beras pulut - di basuh (rendam sekurang-kurangnya 3 jam sehingga beras pulut menjadi kembang jika anda ingin mengukusnya) dan toskan
  • 100 ml santan
  • 500 ml air
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak

B. Lapisan Atas:



  • 6 biji telur
  • 400 gula kastor
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa pekat
  • 1/4 sudu teh garam (Ikut citarasa)
  • Pewarna hijau epal (Ikut citarasa pewarna yang diinginkan)
  • 1 cm kulit kayu manis + 1 sudu teh jintan + 4 hingga 5 helai daun pandan yang perlu ditumbuk lumat, bubuh dalam santan dan tapis

Cara Membuat Kuih Seri Muka:



  • 1. Didihkan air kukusan.
  • 2. Sementara itu, sediakan Lapisan Bawah. Satukan semua bahan, tanak hingga hampir kering. Masukkan ke dalam loyang 10" x 10", tekan hingga padat. Kukus semula selama 20 minit.
  • 3. Pukul telur hingga hancur, satukan dengan santan, gula dan kedua-dua jenis tepung, kacau rata.
  • 4. Bubuh pewarna dan garam, gaul sebati dan tapis. Jerang di atas api sederhana, dan kacau hingga naik wap.
  • 5. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, dan kukus lagi selama 30 minit.
  • 6. Sejukkan sebelum dipotong.
SUMBER

6. Resepi Kuih Gulung atau Kuih Ketayap

Bahan-bahan :
Untuk inti:

  1. ½ biji kelapa parut
  2. ¼  cawan gula kabung
  3. ½  cawan gula pasir
  4. 1 helai daun pandan
  5. ¼ cawan air

Untuk  kulit :

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan jus pandan
  3. ½ cawan susu segar
  4. 1 biji telur
  5. ½ sudu teh garam
Cara :
Untuk inti:

  1. Gaulkan semua bahan­bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
  2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk  kulit :

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapis.
  2. Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.
  3. Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang­lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  4. Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah­-tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemas­-kemas. Buat hingga habis.

7. Resepi Lepat Pisang

Bahan­-bahan :
  1. 6 biji pisang masak (buang kulit)
  2. 1 cawan gula
  3. 2 cawan tepung gandum (ayak)
  4. ½ biji kelapa parut
  5. ½ sudu teh garam
  6. Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
Cara :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
  3. Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu adunan pisang ditengah­tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah­-tengahnya sebagai inti. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan pisang. Balut adunan itu dengan lipat kedua­-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
  4. Letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak.
Sumber Resepi Kuih Muih

Selamat mencuba Resepi Kuih Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap ini.

0 comment... add one now