Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Permohonan/ Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM. Pengambilan Tentera, anda berminat menjadi Pegawai Kadet Graduan ATM? Berita baik buat mereka yang layak dan berminat membuat permohonan seperti dikongsikan dari Portal Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ). Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa Lelaki dan Wanita warganegara Malaysia dan berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

1. Pemilihan Terkini November 2016

Pemilihan Pegawai Graduan ATM 2017.

Lokasi dan tarikh:

  • 1. MSS Sg Petani - 5 hingga 9 November 2016.
  • 2. MSS Kuantan - 11 hingga 15 November 2016.
  • 3. 21 KDO - 17 hingga 21 November 2016.
  • 4. Kem Lok Kawi KK - 23 hingga 25 November 2016.
  • 5. Kem Penrissen Kuching - 26 hingga 28 November 2016.

Nota

Pakaian Semasa Melapor : Planters Warna Bebas.
Tempoh Pemilihan : 5 hari 4 mlm
Keperluan.

1. Pakaian :

- Lelaki
  • Baju Kemeja Lengan
  • Panjang, tali leher, seluar slack  dan kasut kulit
- Wanita
  • Baju kurung dan kasut bertumit serta bertutup penuh
  • - Pakaian Sukan berkolar.
2. Dokumen :
  • - Sijil SPM Asal.
  • - Sijil Ijazah Asal.
  • - Sijil Lahir Asal.
  • - Kad Pengenalan.
  • - Filem X-Ray dan Laporan.
3. Syarat Wajib :
  • - Umur tidak lebih dari 27 Tahun. (Lahir tahun 1990 dan ke atas)
  • - Kepujian Mata pelajaran BM, BI dan Matematik diperingkat SPM.
  • - PNGK 2.70 dan Ijazah kepujian.

**Semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan dijemput hadir. Keterangan lanjut sila layari laman sesawang www.airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini.

Iklan Pengambilan Bulan Julai 2016

Permohonan hendaklah dibuat secara online di link applikasi permohonan yang dikongsikan di bawah ini. Untuk makluman, calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Applikasi Permohonan Online

Permohonan hendaklah dibuat melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017 di laman sesawang Portal MK ATM di Pengumuman atau JOM MASUK TENTERA
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Oktober 2016

Syarat Perlantikan

Berikut adalah syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet Graduan :-
  • Jantina : Lelaki dan Wanita
  • Umur : Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2016

Fizikal

Tinggi Minimum : TDM : 1.70m (Lelaki) & 1.62m (Wanita),
TLDM : 1.62m (Lelaki) & 1.57m (Wanita) dan TUDM : 1.62m (Lelaki) & 1.57m (Wanita)
Berat Minimum : 47.5 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita)
Beza Ukuran Dada Penafasan : 5cm (Lelaki) dan 4cm (Wanita)
Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0


Taraf Kesihatan : Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM dengan tahap Penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lengkap. 

Kelayakan Akademik

Kelulusan Asas - Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahsa Inggeris dan Matematik

Kelulusan Pengajian Tinggi - Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 keatas dalam jurusan yang diperlukan dan disertakan dalam iklan permohonan di bawah ini.

Iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Berikut adalah iklan lengkap permohonan yang mengandungimaklumat seperti syarat perlantikan, kelayakan akademik, gaji/ elaun, tarikh tutup dan sebagainya.

iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 0111-8944380/ 03-2694 3933/ 03-2698 7615/ 03-2694 0437/ 03-2071 4524/26

Semakan Keputusan Permohonan

Semakan boleh dibuat secara online di laman sesawang www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA bermula 24 Oktober 2016 

Selamat memohon Pegawai Kadet Graduan ATM 2017 Online buat graduan yang berminat dan layak dan semoga anda berjaya.

Sumber MAFHQ

0 comment... add one now