Perodua Bezza Sedan Harga Dan Spesifikasi

Harga Dan Spesifikasi Perodua Bezza Sedan 2016. Perodua Bezza kompak sedan baru? Jenama kereta popular pilihan rakyat Malaysia, Perodua bakal melancarkan model sedan baru dalam Segmen A iaitu Perodua Bezza pada 21 Julai 2016. Menurut Laman Web Perodua pula, tempahan pembelian akan dibuka bermula 16 Julai 2016. 

gambar Perodua Bezza

Perodua Bezza Kompak Sedan Pertama Perodua

Model Sedan baru Perodua Bezza ini merupakan model pertama yang dikeluarkan oleh Perodua dalam kategori sedan. Ianya dibangunkan dengan menggunakan Platform Axia dengan sokongan dari Daihatsu Motor. Nama kereta mengambil inspirasi daripada perkataan 'Beza' dalam Bahasa Malaysia

Kehadirannya pasti dinantikan terutama buat peminat kereta harga mampu milik yang bakal menyaksikan Bezza bakal bersaing dengan Proton Saga. Perodua Bezza juga boleh dijadikan pilihan berbanding kereta lain yang lebih tinggi cc nya seperti Nissan Almera, Toyota Vios, Honda City dan Proton Persona.

perodua bezza depan dan belakang

Spesifikasi

Berikut adalah di antara spesifikasi Perodua Bezza yang bakal hadir dengan 2 kapasiti enjin seperti berikut :-

Kapasiti Enjin

  1. 1.0 Liter (Jenis Enjin - 1KR-VE dengan VVTi)
  2. 1.3 Liter (Jenis Enjin - 1NR-VE dengan Dual VVTi)

Ianya ditawarkan dalam lima varian di pasaran Malaysia iaitu :-
  1. Bezza Standard G 1.0L (Manual dan Automatik) : Specs  Asas
  2. Bezza Premium X 1.3L (Manual dan Automatik) : Specs pertengahan
  3. Bezza Advance 1.3L (Automatik) : Specs Tertinggi
Transmisi yang ditawarkan pula adalah Automatik 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan. Spesifikasi lain Perodua Bezza boleh dirujuk di brosur di bawah ini dan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pelancaran rasmi:-

spesifikasi Perodua Bezza

Spesifikasi Lain

  • Dilengkapi dengan ciri ABS dan EBD. Untuk Varian Advance, ianya ditambah dengan ciri VSC
  • Sistem Mula Henti (Eco Idle) akan ditawarkan pada varian premium yang mempunyai persamaan dengan teknolgi yang digunakan di Mazda2 iaitu i-Stop. Enjin mati sendiri bila berhenti atau tidak bergerak. Enjin akan hidup semula dengan menekan minyak.
  • Enam warna yang ditawarkan : 'solid ivory white', 'sugar brown', biru laut, 'lava red', 'glittering silver' dan 'ebony black'
  • Ruang boot yang luas

Harga Perodua Bezza

Berikut adalah Harga rasmi Perodua Bezza yang berada dalam lingkungan RM37,300 hingga RM50,800 untuk harga Semenanjung Malaysia. 
harga rasmi perodua bezza

Jika anda berminat dengan Perodua Bezza Sedan Baru 2016 ini, anda boleh mengunjungi Pejabat Jualan PERODUA di seluruh Malaysia.

Sumber: Perodua

Gambar Perodua Bezza

Berikut diantara gambar menarik kereta sedan pertama Perodua iaitu Perodua Bezza.
gambar depan perodua bezza

eco idle perodua bezza

perodua bezza menarik
  Perodua Bezza Sedan Harga Dan Spesifikasi.

2 comments.. read them below or add one

Junn juliana Junn juliana 29 Julai, 2016
salam ..nak tanya bezza ni pakai timing belt ke timing chain
Rossa Calla Rossa Calla 29 Julai, 2016
Perodua bezza timing chain