Cara Membuat Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP

Cara Menukar Akaun KWSP Dari Simpanan Konvensional Ke Simpanan Shariah. Bagaimana nak memilih/ bertukar atau membuat pendaftaran ke Akaun Shariah KWSP? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) akan memperkenalkan simpanan persaraan baru yang berteraskan konsep Syariah iaitu Simpanan Shariah bermula 1 Januari 2017 selaras dengan kehendak orang ramai. Oleh itu bermula 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP yang ingin memilih opsyen alternatif ini boleh datang ke pejabat KWSP untuk mendaftar dan beralih ke Simpanan Shariah.

vertukar ke Simpanan Shariah KWSP

Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP

Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah yang diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah. Ianya diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Berikut dikongsikan cara-cara membuat penukaran/ pendaftaran Akaun KWSP dari Simpanan konvensional ke simpanan Shariah:-

  1. Pendaftaran adalah berdasarkan "Siapa cepat dia dapat". 
  2. Tarikh pendaftaran bermula dari 8 Ogos sehingga 23 Disember 2016 tertakluk kepada ketersediaan dana. Dana awal adalah RM100 billion
  3. Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan
  4. Ahli akan menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
  5. Ahli perlu membawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia) semasa pendaftaran
  6. Semakan keputusan - Permohonan ahli yang berjaya akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan
* Ahli tidak boleh membatalkan pilihan simpanan shariah setelah tarikh berkuat kuasa  

Hukum Mengubah Caruman Ke Simpanan Shariah

Dikongsikan dari FB Ustaz, berikut adalah hukum bertukar dari simpanan konvensional ke simpanan shariah.

Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah.

Disebabkan dana awal hanya RM100 billion, maka marilah kita sama-sama menukar ke simpanan Shariah secepat mungkin bagi mengelakan kehabisan dana dan anda perlu menunggu peruntukan dana patuh Syariah tahunan seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Laman Web Rasmi KWSP. Soalan Lazim boleh dirujuk di EPF FAQ.
  
Sumber KWSP Shariah dan FB Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman

1 comment... add one now

tudung tudung 05 Ogos, 2016
Terima Kasih atas info ini....