Perbezaan Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP

Perbezaan Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP. Umum sedia maklum yang KWSP akan memperkenalkan simpanan persaraan yang berkonsepkan Syariah bermula 1 Januari 2017 iaitu Simpanan Shariah. Pendaftaran telah dibuka dari 8 Ogos 2016 sehingga dana awal yang diperuntukkan habis. Ianya adalah salah satu pilihan untuk ahli KWSP beralih dari Simpanan Konvensional yang sediada sekarang. Oleh itu apakah dia perbezaan diantara Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP?

Beza Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP

Beza Simpanan Shariah Dan Simpanan Konvensional KWSP

Berikut dikongsikan diantara perbezaan utama Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP.


NOPERKARASIMPANAN SHARIAHSIMPANAN KONVENSIONAL
1KEAHLIANTerbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegaraTerbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara
2AKADTertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan Akad WakalahTidak tertakluk kepada sebarang akad
3KADAR DIVIDENBerdasarkan kepada prestasi sebenar pelaburan Patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimumKadar dividen adalah berdasarkan kepada prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan Patuh Syariah)
4PERAKUANDiperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)Tidak tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
5PERTUKARANAhli tidak boleh membatalkan pilihannya untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuatkuasaAhli boleh memlih untuk bertukar ke Simpanan Shariah

Menurut KWSP, Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah. 

Dah tahu apa dia perbezaan Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP? Jom apa tunggu lagi, marilah sama-sama kita membuat pilihan simpanan yang berteraskan konsep Syariah sebelum dana awal kehabisan.

0 comment... add one now