Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016

Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016 Online. Berita baik buat anak Sarawak yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015 dan memerlukan bantuan biasiswa untuk pengajian di peringkat Asasi, Ijazah Pertama serta Sijil Profesional dalam negara. Menerusi makluman Yayasan Sarawak, Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016 kini dibuka secara online sehingga 4 September 2016.

Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016

Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang mengandungi syarat permohonan, bidang/ program tajaan, kriteria pemilihan, calon yang tidak layak memohon, kadar biasiswa dan cara membuat permohonan.

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat memohon :-

(a) Syarat-syarat Asas

  • (i) Merupakan anak jati Negeri Sarawak dengan kedua-dua atau salah  seorang ibu/bapa  pemohon berasal daripada Negeri Sarawak;
  • (ii) Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya 8A (A+, A, A-) dalam mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2015 termasuk subjek wajib lulus;

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang memenuhi syarat-syarat asas perlu mempunyai pencapaian seperti berikut:
  1. Memiliki  ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
  2. Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;
  3. Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti;

Berikut pula adalah bidang kursus tajaan mengikut keutamaan untuk sesi 2016/ 2017:-
  1. Perubatan & Farmasi
  2. Chiropractic
  3. Kejuruteraan Awam Dan Mekatronik
  4. Kejuruteraan Petroleum & Kimia
  5. Ukur Bahan
  6. Seni Kreatif
  7. Sijil Professional ACCA
  8. Occupational Safety & Health

Kriteria Pemilihan

Kriteria Pemilihan adalah menerusi proses temuduga. Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihan
akan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa temuduga, potensi calon,  bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel. 

Kadar Biasiswa

Pemohon yang berjaya mendapat Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak akan  diberikan bantuan biasiswa bagi membiayai kos pengajian mereka yang merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi setahun sekali, lain-lain, tertakluk kepada pengajian masing-masing  serta  perubahan  dari semasa ke semasa, jika ada.

Tempoh Kontrak/ Bonding

  1. Para pemohon yang berjaya dan menerima tawaran harus akur jika Yayasan Sarawak menempatkan mereka di institusi pilihan badan penaja berdasarkan kursus yang diminati.
  2. Pemohon  yang  menerima  tawaran  biasiswa  tajaan Biasiswa  Cemerlang Yayasan Sarawak dikehendaki berkhidmat di dalam Malaysia  khususnya  negeri Sarawak sekurang-kurangnya  bagi tempoh SEPULUH (10) tahun. 

Cara Memohon Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016

Permohonan  hendaklah  dikemukakan  secara atas  talian melalui laman web
Yayasan Sarawak

  • Permohonan     hendaklah     disertakan    dengan SALINAN  KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015;
  • Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan termasuk resume padat pemohon. 
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Iklan permohonan di link disertakan di bawah ini
SILA AMBIL PERHATIAN bahawa  kesemua salinan dokumen dan sijil termasuk  penglibatan ko-kurikulum hendaklah disahkan terlebih dahulu.
  • Tarikh tutup permohonan atas talian ialah pada Jumaat, 16 September 2016 jam 4.00 petang. 
Permohonan atas talian yang diterima selepas tarikh tersebut atau dokumen   yang tidak lengkap atau belum disahkan tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan kepada :-

Sekretariat Biasiswa Cemerlang
Seksyen Pendidikan Tinggi
Pusat Pembangunan Pendidikan
Ibu Pejabat Yayasan Sarawak,
Lot 4784, Blok 14, Jalan Sultan Tengah Semariang, 

93050 Petra Jaya, Kuching Sarawak

Talian Pejabat: (082) 441686  
Faks : (082) 440023


Calon-Calon Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar  yang  tidak  memenuhi syarat-syarat  kelayakan asas dan kursus yang ditetapkan.
  • Permohonan  akan  dianggap  gagal  sekiranya  tidak  memenuhi syarat-syarat kelayakan dan tidak akan diproses.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016 kepada anak jati Sarawak yang layak. Semoga anda berjaya.

Sumber : IKlan Permohonan

0 comment... add one now