Permohonan Guru Tahfiz Dan Dini KPM 2016 Online

Permohonan Guru Tahfiz Dan Dini Di Sekolah Menengah KPM 2016 Online. Anda sedang mencari kerja dan berminat menjadi guru Tahfiz dan Guru Dini? Berita baik terdapat kekosongan jawatan seperti dimaklumamkan oleh Facebook Dato' Seri Mahadzir Khalid, yang memberitahu bahawa pengambilan Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim di Sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambilan 2016 kini dibuka untuk permohonan secara online

pengambilan Guru Tahfiz Dan Dini KPM 2016 Online

Permohonan Guru Tahfiz Dan Dini KPM 2016 Online

Mereka yang berminat dan layak boleh mengemukakan permohonan Guru Tahfiz dan Dini KPM secara online di mana tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 29 Ogos 2016 sebelum jam 11.59 malam.

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan untuk panduan para pemohon :-

Syarat Kelayakan Asas

Calon-calon hendaklah:
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau  Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya  daripada Universiti  Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  • Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/ Tahfiz  Wal Qiraat dikecualikan daripada syarat di Guru Tahfiz di atas ini
  • Memperoleh salinan cetakan pengiktirafan kelayakan secara dalam talian   dan bertepatan dalam tempoh pengiktirafan sekiranya memiliki ijazah  atau diploma daripada UA atau IPTS tempatan dengan merujuk kepada laman  sesawang  Kementerian KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAMPendidikan Tinggi (KPT) di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/.   Atau Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada KPT secara bertulis atas nama calon (bukan cetakan  secara dalam talian) sekiranya memiliki ijazah daripada institusi luar negara.
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Maklumat Jawatan

  • Pengambilan Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim untuk ditempatkan di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016. 
  • Nama Perjawatan: Guru Tahfiz dan Guru Dini Secara Interim. 
  • Tempoh  Interim: Sehingga dilantik secara kontrak (Contract Of Service)
    oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). 
  • Mengikuti  latihan  Diploma  Perguruan  Lepas  Ijazah  (DPLI) Secara Mod
    Latihan  Perguruan  Kursus  Dalam  Cuti  (KDC)  di  Institut  Pendidikan  Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan
  • Jawatan/ Gred: Guru Tahfiz Interim / Guru Dini Interim Gred DC41.
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional.
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan.
  • Taraf Jawatan: Interim.
  • Elaun Bulanan Permulaan:
  • RM2149.03 bagi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
  • RM1944.62 bagi Ijazah Sarjana Muda (Am)
  • Elaun Tetap dan Kemudahan: Seperti kelayakan yang dinyatakan pada Surat Penyelarasan Bayaran Elaun Bulanan Serta Elaun Dan Kemudahan Bagi  Perkhidmatan Guru Interim Di Kementerian Pendidikan  Malaysia  rujukan  KP(PP)0017/122/68(31)  bertarikh  8 Mei 2013 tertakluk  kepada  peraturan-peraturan  terkini Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuat kuasa

Cara Buat Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman     sesawang Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat URL berikut mulai 15 Ogos 2016 (Isnin) 
Untuk maklumat lanjut permohonan, anda boleh merujuk kepada iklan permohonan di GURU TAHFIZ 2016.

Selamat membuat Permohonan Guru Tahfiz Dan Dini KPM 2016 Online. semoga anda berjaya.

0 comment... add one now