Permohonan Jawatan Kosong APMM 2016 Online

Permohonan Jawatan Kosong APMM 2016 Online. Anda seorang lepasan SPM/ SKM/ SVM dan sedang mencari jawatan kosong yang bersesuaian dengan kelayakan anda? Berita baik melalui makluman Facebook SPA, pengisian jawatan kosong untuk beberapa jabatan termasuk di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk jawatan sebagai Laskar Kelas II Maritim Gred T1 akan dibuat pada bulan Ogos 2016.

Permohonan Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1 Melalui SPA

Berikut adalah iklan jawatan kosong SPA bulan Ogos 2016 yang menawarkan kekosongan jawatan di beberapa jabatan dan kementerian seperti berikut :-

Lulusan SPM/ SKM/ SVM

  1. Juruteknik Komputer Gred FT19 (Jabatan Perkhidmatan Awam) : 30 kekosongan
  2. Laskar Kelas II Maritim Gred T1 (APMM) : 150 kekosongan
  3. Pembantu Tadbir (Pekeranian/ Operasi) Gred N19 (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri perlis) : 12 kekosongan

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan

Pemohon adalah perlu untuk membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 23 Ogos 2016 jam 1159 malam.  

Iklan Permohonan Jawatan Kosong Ogos 2016

Permohonan Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Maklumat Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Berikut dikongsikan maklumat jawatan dan syarat kelayakan serta jumlah/ tangga gaji untuk jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 untuk lepasan SPM:-
  • Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Gaji Min :
RM1441.00   
Gaji Max : RM4,152.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM105.00

Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; 
  • Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; 
  • Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; 
  • Memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; 
  • Melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. 
Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. 

Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan. 

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00): atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02).
Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
   
Kepada mereka yang berminat untuk memohon, sila buat permohonan/ pendaftara di SPA8i secepat mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Sumber SPA & FB SPA

0 comment... add one now