Toyota Sienta MPV Harga Dan Spesifikasi

Harga Dan Spesifikasi Toyota Sienta MPV 2016 Malaysia. Berapakah harga Toyota Sienta MPV 7 seater kompak terbaru di Malaysia dan apakah spesifikasi yang menarik? Satu lagi model kenderaan baru telah dilancarkan secara rasmi pada 18 Ogos 2016, kali ini Toyota Sienta MPV oleh Toyota Malaysia. Sebelum ini, beberapa model kereta baru telah diperkenalkan pada tahun 2016 termasuk Honda Civic, Proton Perdana 2016 dan Perodua Bezza. Bakal menyusul pula adalah Proton Persona 2016 baru pada 23 Ogos nanti.

gambar sisi

Toyota Sienta MPV Harga Dan Spesifikasi

Berikut dikongsikan senarai harga dan spesifikasi Toyota Sienta 2016, sebuah kenderaan MPV baru yang berlainan berbanding dengan Toyota Avanza dan Innova. MPV ini dikeluarkan dan diimport sepenuhnya dari kilang Toyota di Indonesia (Karawang Barat).

Harga Toyota Sienta MPV

Buat peminat MPV baru ini, berikut adalah harga yang ditawarkan di Semenanjung Malaysia:-
  1. Sienta 1.5V A/T - Metallic : RM99,900.00
  2. Sienta 1.5G A/T - Metallic : RM92,900.00 
* Harga atas jalan termasuk insuran tahun pertama 

Spesifikasi Toyota Sienta

Berikut diantara spesifikasi Toyota Sienta MPV :-
  1. Enjin 1.5 liter 2NR-FE Dual VVTi
  2. 4 Cylinder In Line, 16 Valve DOHC
  3. Transmisi automatik 7 kelajuan jenis CVT dengan pemanduan tayar hadapan
  4. Max Output : 107PS
  5. Max Torque : 140Nm
  6. Mempunyai platform yang sama dengan Toyota Vios
  7. ECO Meter
  8. Pintu belakang sliding
  9. Panjang (mm) : 4,235
  10. Lebar (mm) : 1,695
  11. Tinggi (mm) : 1,695
  12. Wheelbase (mm) : 2,750
  13. Kerb Weight (kg) : 1,350 (1.5V AT) & 1,325 (1.5G AT)
  14. Kapasiti tank minyak (liter) : 42
  15. Minimum Turning Radius (m) : 5.7 (1.5V AT) & 5.3 (1.5G AT)
  16. Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control (TRC)
  17. Hill-start Assist Control (HAC)
  18. Anti-lock Braking System (ABS) dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD) and Brake Assist (BA)
  19. 3 SRS Airbags

Gambar Toyota Sienta

gambar toyota sienta menarik

sienta putih

sienta dashborad

ruang dalaman sienta

pandangan atas

Mereka yang berminat dengan Toyota Sienta MPV baru ini, bolehlah mengunjungi Pusat Jualan dan Servis Toyota yang berdekatan di tempat anda di seluruh Malaysia. 
Sumber : Toyota Malaysia

0 comment... add one now