Logo Baru Harimau Malaysia dan Lagu Rasmi

Logo Baru Harimau Malaysia dan Lagu Rasmi. Logo baru dan Lagu Rasmi Harimau Malaysia? Logo ciptaan Muhammad Amzar Mohamed, 22 tahun telah dipilih sebagai Logo baru Harimau Malaysia. Ianya telah secara rasmi diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan amal Hari Malaysia 2016 pada 16 September 2016 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Seremban. Lagu rasmi pula berjudul 'Laungkanlah'.

Logo Baru Harimau Malaysia
Logo Baru Harimau Malaysia 2016

Gambar Logo Baru Harimau Malaysia

Logo baru Harimau Malaysia adalah ciptaan Muhammad Amzar Mohamed, yang berasal dari Subang Jaya dan merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor. Menurut FAM, logo ciptaan beliau telah menjadi pilihan 20,000 peminat yang membuat undian dalam talian daripada 2,000 penyertaan yang diterima bagi peraduan anjuran FAM itu. 

Produk ‘Official Supporters Merchandise’ yang berteraskan kepada logo baru ini boleh dibeli di laman web rasmi Harimau Malaysia di www.harimaumalaysia.my bermula pada hari Jumaat, 16 September 2016.

Lagu Rasmi Harimau Malaysia

Pada majlis yang sama, lagu rasmi Harimau Malaysia turut diperkenalkan. Ianya berjudul 'Laungkanlah' dan lagu ini akan dimainkan secara ekslusif di stesen radio ERA FM selama sebulan. 

  • Lirik lagu 'Laungkanlah' akan dikongsikan dari masa kesemasa.

Semoga pelancaran Logo Baru Harimau Malaysia dan Lagu Rasmi ini mampu menaikkan semangat kepada pemain untuk memberikan aksi terbaik setiap perlawanan.

1 comment... add one now