Permohonan TUDM 2017 Tentera Udara DiRaja Malaysia

Permohonan Dan Pengambilan TUDM 2017 Tentera Udara DiRaja Malaysia - Perajurit Muda. Anda berminat menyertai TUDM? Dikongsikan dari Portal Rasmi Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), berikut dikongsikan senarai pengambilan dan permohonan melibatkan kerjaya/ jawatan kosong di TUDM. Maklumat yang dikongsikan memaparkan senarai pengambilan terkini melibatkan Perajurit Muda Udara, Pegawai Kadet dan kerjaya lain-lain pangkat di TUDM.


Pengambilan TUDM 2017 Tentera Udara DiRaja Malaysia

Permohonan TUDM 2017 Tentera Udara DiRaja Malaysia

Berikut dikongsikan makumat pengambilan dan permohonan terkini di TUDM :-

1. Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 5717 (Lelaki) : Tugas Khusus

Peluang keemasan kepada para belia negara yang berminat untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangat (LLP) didalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

Kelayakan Akademik

  • Tugas Khusus : Diploma dalam bidang Kejuruteraan seperti disenaraikan di bawah ini.
  • Mendapat pencapaian LULUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Gaji permulaan : RM2,026.07

senarai kursus diploma tugas khusus

Syarat-Syarat Lain

Cara Buat Permohonan

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan untuk pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 57/17 (Lelaki) : Tugas Khusus :-
  • Resume : Calon perlu memajukan resume bersama borang permohonan di TUDM bersama salinan MyKad, Sijil Lahir Terkini, MyKad Ibu dan bapa, Sijil Diploma dan Sijil SPM
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Mac 2017

Cara Hubungi

2. Pemilihan Awal Terbuka Perajurit Muda Udara Siri 57/17 (LELAKI) Zon Sabah

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan sila hadir ke lokasi seperti berikut:
  • A. Lokasi : Markas Staf Stesyen, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
  • Tarikh : 28 Feb 2017 (Selasa).
  • Masa Pendaftaran : 8.00 - 8.30 pagi.
  • Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.
  • B. Lokasi : Pangkalan TLDM, KD Sri Tawau.
  • Tarikh : 2 Mac 2017(Khamis).
  • Masa Pendaftaran : 8.00 - 8.30 pagi.
  • Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.

Dokumen yang diperlukan semasa sesi pemilihan adalah seperti berikut:

  • a. MyKad.
  • b. Sijil Lahir.
  • c. Sijil Akademik (SPM/SKM/Diploma).
  • d. Salinan MyKad Ibu dan Bapa.
  • e. Alat tulis secukupnya.

Kepada mereka yang berminat menyertai Tentera, jangan lepaskan peluang ini. Sila rujuk maklumat pengambilan terkini dari masa kesemasa di Laman Web Rasmi TUDM. 

0 comment... add one now