Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online. Berita baik buat mereka yang berkelayakan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Permohonan kemasukan sesi 2018/2019
kini dibuka menerusi makluman FB MAIWP


Syarat dan maklumat permohonan boleh dirujuk di bawah ini. Untuk makluman, IKB ditubuhkan bertujuan untuk menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam.
Permohonan IKB 2018 Online

Cara Mohon Kemasukan Ke IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online

Permohonan IKB adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

  1. Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis)
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita
  3. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP
  4. Sihat tubuh badan & Berminat
  5. Warganegara Malaysia dan beragama Islam

Kursus Yang Ditawarkan

  • Kursus Kejuruteraan Elektrik
  • Kursus Penyediaan Dan Penyajian Makanan
  • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki
  • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita
  • Kursus Seni Lukis Dan Seni Reka
  • Kursus Teknologi Binaan Bangunan
Maklumat lengkap kursus pengajian yang ditawarkan, sila klik SENARAI KURSUS

Tempoh Masa Kursus

  • Tempoh kursus selama 2 tahun.
  • Mengguna pakai sistem semester (4 semester).
  • Isnin – Jumaat  (8.00 pagi – 5.00 petang)  

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online

Permohonan IKB sesi 2018/ 2019 hanya boleh dibuat secara online. 
  • Borang Permohonan sila klik IKB MAIWP  
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2017.
  • Maklumat lanjut sila hubungi pihak IKB di talian 03-92830385 ATAU layari  www.maiwp.gov.my

Maklumat Iklan Permohonan sila klik MAIWP

Selamat membuat Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan dalam kursus yang dihajati.

0 comment... add one now