Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara LZNK. Berita baik kepada pelajar anak Kedah yang berkelayakan dan memerlukan bantuan pendidikan untuk pengajian ke UA (IPTA). Dikongsikan dari Facebook Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon biasiswa pendidikan dalam negara (Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan). Maklumat permohonan seperti borang permohonan, bidang tajaan dan syarat kelayakan boleh dirujuk di bawah ini.

permohonan biasiswa pendidikan lznk

Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Berikut dikongsikan panduan cara membuat permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah. 

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Islam;
  2. Anak negeri Kedah atau telah bermastautin di negeri Kedah;
  3. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
  4. Pelajar untuk tahun pertama pengajian sahaja ;
  5. Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman daripada mana-mana pihak;
  6. Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian; 

Peringkat Pengajian Dan Bidang Tajaan

Berita baik kepada pelajar Kejuruteraan, Bioteknologi, Sains Gunaan, Sains Kuantitif, Sains Tulen, Sains Perubatan, Kewangan, Perbankan, Ekonomi, Perakaunan/ Pengajian Islam, kini anda boleh mendapatkan biasiswa pendidikan LZNK.


bidang tajaan

Cara Memohon

Borang permohonan boleh dimuat turun (Download) daripada Portal Rasmi LZNK di www.zakatkedah.com.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan, hendaklah dihantar ke :-

Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf,
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman, 
Aras 4, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah, 
05200 Alor Setar, Kedah

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 17 November 2016. Tawaran biasiswa ini adalah terhad. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sumber FB LZNK


Selamat membuat Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Semoga permohonan anda berjaya.

1 comment... add one now

Jie Susanos Jie Susanos 28 Oktober, 2016
apa lagi..yg berkelayakan boleh la isi..