Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2016/ 2017

Insentif Diskaun Pembayaran Balik PTPTN 2016/ 2017. Makluman buat  peminjam PTPTN yang masih mempunyai hutang pinjaman pelajaran. Kerajaan telah bersetuju dalam Bajet 2017 untuk memberikan insentif berbentuk diskaun dari 10% hingga 15% berkuatkuasa dari 22 Oktober 2016 sehingga bulan Disember 2017. Langkah yang dibuat bertujuan untuk menggalakkan peminjam PTPTN membuat pembayaran balik secara penuh, separuh atau melalui potongan gaji. Peminjam yang ingkar dalamembuat pembayaran mengikut jadual boleh disenaraihitamkan (blacklist).

insentif Diskaun pembayaran Balik pinjaman PTPTN

Diskaun Pembayaran Balik PTPTN 2016/ 2017

Senarai Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN yang dibentangkan dalam Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 adalah seperti berikut:-
  1. Penyelesaian Penuh Pinjaman : Diskaun 15 peratus atas baki hutang
  2. Bayaran 50 Peratus Pinjaman : Diskaun 10 peratus diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang.Pembayaran hendaklah dibuat dalam sekali bayaran
  3. Potongan Gaji/ Direct Debit : Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik PTPTN melalui kaedah ini mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan

Sebagai panduan, peminjam PTPTN boleh merujuk kepada panduan SEMAKAN BAKI untuk menyemak jumlah baki pinjaman mereka. Semakan boleh dibuat melalui online dan SMS.


Semoga langkah pemberian Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN ini membolehkan peminjam PTPTN untuk membuat pembayaran pinjaman dengan kadar segera dan mengikut jadual. Hutang pinjaman yang dijelaskan mengikut jadual dapat membantu pelajar lain yang memerlukannya.

0 comment... add one now