Harga Minyak Masak Terkini Bermula 1 November 2016

Harga Minyak Masak Terkini Mulai 1 November 2016. Berapa harga minyak masak dalam botol dan paket di Malaysia susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga? Harga minyak masak dalam paket 1KG akan kekal pada RM2.50 sekilogram. Namun, subsidi akan dihapuskan untuk minyak masak selain daripada paket 1KG. Pengumuman harga minyak masak terkini telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada hari Rabu 26 Oktober 2016. Harga minyak masak terkini di Malaysia ini akan mula berkuatkuasa dari 1 November 2016.

Harga Minyak Masak Terkini

Senarai Harga Minyak Masak Terkini Mulai 1 November 2016

Berikut dikongsikan harga minyak masak bermula 1 November 2016 :-
  1. Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) : Tiada kenaikan - RM2.50 sekilo (Kekal)
  2. Minyak masak paket termasuk minyak masak berbotol lebih 1KG: Harga mengikut harga pasaran bermula 1/11/2016
Harga minyak masak sawit tulen (anggaran minimum berdasarkan harga olien paras stabil RM2,900 setan)

Harga Subsidi vs Tanpa Subsidi

  • 1KG : RM3.60 (RM3.70)
  • 2KG : RM7.20 (RM7.40)
  • 3KG : RM10.35 (RM11.10)
  • 5KG : RM14.70 (RM18.50)
  • Paket Plastik : RM2.50 (RM2.50 kekal)
* Harga dalam kurungan adalah harga tanpa subsidi

harga minyak masak terkini bulan 11
Senarai Harga Minyak Masak Bukan Bersubsidi

Nota

Senarai harga minyak masak bukan bersubsidi di atas ini bukan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Harga jualan minyak masak bukan bersubsidi tidak ditetapkan oleh KPDNKK sebaliknya harga minyak tersebut ditetapkan oleh industri mengikut harga pasaran minyak sawit. 

Walau bagaimanapun, industri masih tertakhluk pada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Ini bermakna jika terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah berlaku, maka tindakan boleh diambil ke atas industri kerana mengambil keuntungan berlebihan.

Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

Langkah kerajaan dalam penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak bertujuan untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan minyak masak dapat menikmati subsidi kerajaan. Tanpa langkah ini, kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menanggung subsidi minyak. Langkah juga bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran.

Dengan penghapusan subsidi minyak masak selain paket 1 KG, diharap pihak peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Semoga harga barang terutama makanan tidak akan terjejas ketika kos sara hidup kini semakin meningkat. sumber BH online

5 comments.. read them below or add one

Hakim Mahmud Hakim Mahmud 26 Oktober, 2016
harap-harap harga minyak masak kekal ... Rakyat dah sengsara dengan harga cukai barangan lain naik. kalau minyak masak naik maka harga makanan juga naik.
Jie Susanos Jie Susanos 26 Oktober, 2016
hrap mcm tu jgk..byk perubahan berlaku pada harga brg skrg ni..
chamander go chamander go 26 Oktober, 2016
Rakyat malaysia patut bayar GST6% untuk kukuhkan ekonomi malaysia...harga barang naik..petrol naik....tak apa....asalkan negara malaysia aman dan makmur.
chamander go chamander go 26 Oktober, 2016
Asalkan malaysia aman dan makmur.
Niena Muhammad Niena Muhammad 01 November, 2016
Negara blh makmur ke dgn kenaikan harga barang? Maklum laa.. hamba ni bukan pakar ekonomi, yg hamba tau bila harga barang naik, pelbagai cukai dikenakan tetapi gaji masih sama mcm mana nak aman makmur?? Dgn masalah kewangan yg dihadapi, manusia blh bertindak di luar batasan, kecurian mungkin bakal meningkat, penceraian dlm rumahtangga? Atau tuan hamba sememangnya penyokong setia pemerintah sekarang??