Jadual Peperiksaan UPKK 2018 Ujian Penilaian Kelas KAFA

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK Tahun 2018. Makluman kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berada di Tahun 5. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan UPKK 2018 atau secara penuhnya Jadual Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Jadual yang dikongsikan adalah selaras di seluruh Malaysia juga memaparkan ujian bertulis, ujian amali dan ujian lisan. Untuk makluman, Keputusan peperiksaan UPKK tahun 2017 telah diumumkan pada 29 Januari 2018.

Tarikh Peperiksaan UPKK 2018

Jadual Peperiksaan UPKK 2018 (Ujian Penilaian Kelas KAFA)

Untuk makluman ibu bapa, UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.

Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan Bertulis, amali dan lisan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2018.

A. Ujian Amali Solat

1 Februari hingga 20 Ogos 2018 (3 hingga 4.30 petang)

B. Penghayatan Cara Hidup Islam

1 Februari hingga 20 Ogos 2018 (3 hingga 4.30 petang)

C. Ujian Lisan Tadarus & Tilawah Al-Quran

17 hingga 28 September 2018 (3 hingga 4.30 petang)

D. Ujian Lisan Hafazan & Tafsir Al-Quran

17 hingga 28 September 2018 (3 hingga 4.30 petang)

E. Ujian Bertulis UPKK

Jadual peperiksaan bertulis UPKK 2018 adalah seperti berikut (Tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari masa kesemasa) :-


1 OKTOBER 2018 (ISNIN)

Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah) : 2.30 hingga 4 petang

2 OKTOBER 2018 (SELASA)

  • Sirah: 2.15 hingga 3.45 petang
  • Pelajaran Jawi dan Khat: 4 hingga 5 petang


3 OKTOBER 2018 (RABU)

  • Adab (Akhlak Islamiyah) I: 2.30 hingga 4 petang
  • Adab (Akhlak Islamiyah) II: 4.15 hingga 5.15 petang

4 OKTOBER 2018 (KHAMIS)

  • Lughah Al-Quran: 2.30 hingga 4.30 petang

TAHUN 2017

UJIAN AMALI SOLAT

1 Februari hingga 20 Ogos 2017 (3 hingga 430 petang)

PENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM

1 Februari hingga 20 Ogos 2017 (3 hingga 430 petang)

UJIAN LISAN TADARUS & TILAWAH AL-QURAN

18 September hingga 29 September 2017 (3 hingga 430 petang)

UJIAN LISAN HAFAZAN & TAFSIR AL-QURAN

18 September hingga 29 September 2017 (3 hingga 430 petang)

UJIAN BERTULIS UPKK 2017

Untuk makluman pelajar, jadual peperiksaan UPKK bagi tahun 2017 telah disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 28 September 2017. Ianya menyebabkan tiga kertas soalan bagi tiga subjek hilang.

Berikut adalah Jadual Peperiksaan UPKK 2017 yang telah disusun semula :-

ISNIN (2 Oktober 2017)

  • 2.15 petang hingga 3.45 petang - SIRAH
  • 4 petang hingga 5.30 petang - ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) I

SELASA (3 Oktober 2017)

  • 2.30 petang hingga 4 petang - LUGHAH AL-QURAN

RABU (4 Oktober 2017)

  • 2.30 petang hingga 4 petang - ULUM SYARI'AH (AQIDAH DAN IBADAH)
  • 4.15 petang hingga 5.15 petang - ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) II

KHAMIS (5 Oktober 2017)

  • 2.30 petang hingga 4 petang - PELAJARAN JAWI DAN KHAT
Sebagai perbandingan, berikut dikongsikan jadual lengkap peperiksaan bertulis UPKK 2017 terdahulu sebelum ianya disusun semula :-

2 OKTOBER 2017 (ISNIN)

ULUM SYARIAH (Ibadah dan Aqidah) : (230 hingga 400 petang)


3 OKTOBER 2017 (SELASA)

SIRAH (215 hingga 345 petang)
PELAJARAN JAWI & PENULISAN KHAT (4 hingga 530 petang)

4 OKTOBER 2017 (RABU)

ADAB (AKHLAK ISLAMIAH 1) : (230 hingga 400 petang)
ADAB (AKHLAK ISLAMIAH II) : (415 hingga 515 petang)

5 OKTOBER 2017 (KHAMIS)

LUGHATUL QURAN (BAHASA ARAB) : (230 hingga 400 petang)
Untuk paparan tarikh dan masa peperiksaan UPKK 2017 yang jelas, sila rujuk kepada jadual gambar di bawah ini.
tarikh peperiksaan upkk 2017

Kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK 2018, diucapkan semoga anda berjaya dengan cemerlang. Selamat mengulangkaji pelajaran.

0 comment... add one now