Kedah Cuti Esok Jika Juara Piala Malaysia 2016

Kedah Cuti Peristiwa Esok 31 Oktober 2016 Jika Juara Piala Malaysia 2016. Berita baik buat rakyat dan penyokong Kedah. Kerajaan Negeri telah mengumumkan yang Kedah akan cuti peristiwa esok, 31 Oktober 2016 (Isnin) jika Kedah menang Piala Malaysia 2016. Perlawanan akhir diantara Selangor vs Kedah akan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam. Perkara ini dikongsikan dari Facebook Kedah FA.

Kedah Cuti peristiwa 31 Oktober 2016

Kedah Cuti Esok Jika Juara Piala Malaysia 2016

Berikut dikongsikan kenyataan daripada Setiausaha Akhbar MB Kedah, En Nahar Tajri berkaitan Kedah Cuti Peristiwa esok jika menjuarai Piala Malaysia 2016.
  • Kedah diisytiharkan cuti pada Isnin (31/10/2016) SEKIRANYA KEDAH MENJUARAI TM PIALA MALAYSIA.

Kenyataan daripada Setiausaha Akhbar MB Kedah, En Nahar Tajri

Majlis ramah mesra, YAB Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah Menteri Besar Kedah bersama pasukan Hijau Kuning.
  • 1. Sekiranya pasukan Hijau Kuning berjaya memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia sekaligus membawa pulang Piala Malaysia malam esok (ini), kerajaan negeri Kedah bersetuju mengumumkan hari Isnin, 31 Oktober 2016 sebagai hari cuti umum bagi negeri Kedah menurut Akta Cuti 1951.
  • 2. Menurut Akta ini, sekiranya pekerja masih lagi dikehendaki bekerja pada hari Isnin,31 Oktober 2016, maka majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan.
  • 3. Namun begitu majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan cuti hari Isnin kepada hari hari lain tetapi masih tertakluk kepada peruntukan undang undang berkaitan.
  • 4. Dalam pada itu saya juga suka untuk bahawa pihak KFA bersetuju untuk membuat bayaran bonus sebanyak RM25,000 kepada pasukan Hijau Kuning jika kita berjaya menjulang Piala Malaysia pada aksi final nanti.
  • 5. Kita juga bersetuju untuk mengadakan lawatan perlawanan persahabatan keluar negara yang sesuai sebagai bonus tambahan kepada pasukan.
  • 6. Dalam pada itu satu sambutan besar besaran juga akan diadakan di Lapangan Terbang Sultan Halim (LTSH) bagi menyambut kepulangan wira negeri sebagai tanda penghargaan kepada mereka membawa pulang piala paling berprestij di Malaysia itu.
  • 6. Keputusan ini dibuat berdasarkan kemampuan semasa kerajaan negeri selain mengambil kira komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan sejak dari awal kejohanan sehingga lah aksi separuh akhir mengalahkan PDRM sebelum ini.
  • 7. Untuk makluman media KFA juga sudah membuat bayaran bonus sebanyak RM9,000 beserta tambahan RM3,000 sebagai bonus bagi perlawanan separuh akhir.
  • 8. Di kesempatan ini saya juga ingin menyampaikan setinggi tinggi pengharagaan kepada pemain ke-12 kita iaitu penyokong hijau kuning yang akan turut serta di stadium Shah Alam untuk menggamatkan suasana bagi memberi semangat kepada pasukan.
  • 9. Sumbangan moral penyokong ini amat kami hargai dan saya berharap sorakan kumpulan penyokong ini akan terus bergema megah pada aksi final nanti bagi memberi semangat kepada pemain.
  • 10. Semoga dengan sokongan jitu semua pihak yang terlibat akan membawa kejayaan untuk merangkul piala Malaysia buat kali kelima selepas berjaya memenanginya pada tahun 1990, 1993,2007 dan 2008. 

Semoga dengan pengumuman awal cuti dari Kerajaan Negeri Kedah ini dapat menyemarakan semangat pemain Kedah pada perlawanan Final Piala Malaysia 2016.

0 comment... add one now