Keputusan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016

Jadual Dan Keputusan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016. Malaysia bakal dikunjungi pasukan hoki terbaik Asia apabila sebanyak 6 pasukan akan beraksi di Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016. Ianya merupakan kejohanan hoki edisi ke 4 yang juga dikenali sebagai QNET Trofi Juara-Juara Asia 2016 atau dalam bahasa Inggeris, Men's Asian Champions Trophy 2016. Perlawanan akan diadakan di Kuantan, Pahang dari 20 Oktober sehingga 30 Oktober 2016. Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan yang akan dikemaskini sehingga kejohanan berakhir. Siaran langsung perlawanan boleh diikuti di Astro Arena.

jadual Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016

Keputusan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016

Format kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 adalah round robin 6 pasukan satu kumpulan. 4 pasukan terbaik akan layak ke peringkat separuh akhir. Semua perlawanan akan diadakan di Stadium Hoki Indera Mahkota MP Kuantan, Pahang.

Senarai Pasukan Bertanding

Berikut adalah senarai pasukan yang bertanding di Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016. Kedudukan ranking dinyatakan dalam kurungan.

  • India (Ranking No 6)
  • Korea Selatan (No 11)
  • Malaysia (No 14)
  • Pakistan (No 13)    
  • Jepun (No 16)
  • China (No 18)

Jadual Penuh Perlawanan

Keputusan dan jadual penuh perlawanan dari peringkat kumpulan sehingga perlawanan akhir  adalah seperti berikut :-

20 Oktober 2016

  • 6:00 petang : Malaysia vs Pakistan : 4 - 2
  • 8:30 malam : India vs Jepun  : 10 - 2     

21 Oktober 2016

  • 6:00 petang : Pakistan vs Korea Selatan: 1 - 0
  • 8:30 malam : Malaysia vs China : 5 - 1

22 Oktober 2016

  • 6:00 petang : India vs Korea Selatan : 1 - 1
  • 8:30 malam : China vs Jepun : 2 - 1

23 Oktober 2016

  • 6:00 petang : India vs Pakistan : 3 - 2
  • 8:30 malam : Malaysia vs Jepun : 7 - 2

24 Oktober 2016

  • 6:00 petang : Korea Selatan vs China : 5 - 3

25 Oktober 2016

  • 6:00 petang : Pakistan vs Jepun : 4 - 3
  • 8:30 malam : India vs China : 9 - 0  

26 Oktober 2016

  • 6:00 petang : Korea Selatan vs Jepun : 4 - 3
  • 8:30 malam : Malaysia vs India : 1 - 2

27 Oktober 2016

  • 6:00 petang : Pakistan vs China : 4 - 0
  • 8:30 malam : Korea Selatan vs Malaysia : 1 - 1

Carta Kedudukan Pasukan


NOPASUKANPMSKJB+/-MATALAYAK
1 India (Q)  5  4  1  0 25 6+19 13SEPARUH AKHIR
2 Malaysia (Q)  5  3  1  1 18 8+10   10
3 Korea Selatan (Q)  5  2  2  1 11 9+2 8
4 Pakistan (Q)  5  3  0  2  13 10 39
5 China  5  1  0  4  6 24−183TEMPAT KE 5/ 6
6 Jepun  5  0  0  5  11 27−160
 

29 Oktober 2016 (Klasifikasi Tempat ke 5/ 6 dan Semi Final)

  • 330 petang : China vs Jepun : 4 - 3
  • 600 petang : India vs Korea Selatan : 2 - 2. India menang 5-4 menerusi penentuan pukulan penalti
  • 830 malam : Malaysia vs Pakistan : 1 - 1. Penentuan pukulan penalti. Pakistan menang 3-2

30 Oktober (Klasifikasi Tempat ke 3/ 4 dan Final)

  • 600 petang : Korea Selatan vs Malaysia : 1 - 1. Malaysia menewaskan Korea 3-1 melalui penentuan pukulan penalti
  • 830 malam : India vs Pakistan : 3 - 2

Kedudukan Akhir Pasukan

  1. Juara : INDIA
  2. Naib Juara : PAKISTAN
  3. Ketiga : MALAYSIA
  4. Keempat : KOREA SELATAN
  5. Kelima : CHINA
  6. Keenam : JEPUN
 
Kepada peminat hoki yang tinggal berdekatan Kuantan, bolehlah hadir menyokong pasukan kebangsaan Malaysia di Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016.

0 comment... add one now