Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2017/ 2018 Online

Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2017/ 2018. Anda gagal dalam permohonan dan rayuan UPU ke UA (IPTA)? Berita baik untuk lepasan STPM dan setaraf seperti dikongsikan dari FB Kemasukan BPKP JP - FB Rasmi UPU. Pemohon yang berhajat untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA) boleh membuat permohonan kemasukan pengambilan kedua (second intake) secara online ke beberapa UA terpilih yang disenaraikan dibawah ini. Sesi pengambilan adalah bulan Februari dan Mac 2018.


ambilan kedua UA Lepasan STPM 2017/ 2018

Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2017/ 2018


jadual pengambilan second intake ua

Panduan Membuat Permohonan Online Second Intake 2017/ 2018

1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  • Kemasukan Februari 2018
  • Pemohon perlu membuat permohonan UIAM terus melalui Laman Web UIAM bermula dari bulan 1 Oktober hingga 1 November 2017

2. Universiti Utara Malaysia (UUM)

  • Kemasukan Februari 2018
  • Untuk lepasan Diploma sahaja
  • Permohonan terus melalui Laman Web UUM pada bulan November 2017 (Akan dikemaskini)

3. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  • Kemasukan Mac 2018
  • SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK
  • Permohonan UiTM ambilan kedua melalui Laman Web UiTM bermula dari 2 Oktober sehingga 6 November 2017

4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

  • Kemasukan Februari 2018
  • Program Ijazah Sarjana Muda 
  • Permohonan UPSI 2018 melalui Laman Web UPSI bermula dari 9 Oktober sehingga 3 November 2017

5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

  • Kemasukan Februari 2018
  • Lepasan Diploma sahaja
  • Permohonan UTHM ambilan kedua melalui Laman Web UTHM pada bulan Oktober 2017 (Tarikh akan dikemaskini)
* Sila klik LINK pada setap Universiti Awam yang dinyatakan untuk panduan dan maklumat permohonan.

Selamat membuat permohonan Second Intake UA Lepasan STPM 2017/ 2018 di Universiti Awam yang dinyatakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. Sumber Jadual : FB Rasmi UPU/

0 comment... add one now