Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016. Tema Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa? Menerusi makluman daripada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2016 telahpun diumumkan. Tema umum yang dikeluarkan adalah sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan SPM nanti. 

Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Berikut dikongsikan Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2016 buat panduan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Tema Umum : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa


Dasar  luar  negara  tidak  statik.  Secara  asasnya, pembentukannya  ialah proses yang dinamik. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.

Untuk makluman, Tema Umum SPMU 2016 (untuk SPM Ulangan) yang dikeluarkan pada April 2016 yang lalu adalah Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. 

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. 

Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

  • Sila muaturun arahan Tema Umum dalam PDF di LPM.

Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM

Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM

Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM

  1. Tahun 2016 : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
  2. 2015 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua 
  3. 2014 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. 

Selamat membuat ulangkaji kepada pelajar SPM 2016. Semoga anda berjaya menjawab ketika peperiksaan dengan cemerlang.

0 comment... add one now