Tips Penjimatan Aircond Cara Mudah Dan Bijak

Tips Penjimatan Penghawa Dingin (Aircond). Apakah rahsia dan cara untuk menjimatkan bil elektrik TNB ketika menggunakan penghawa Dingin? Penggunaan aircond kini semakin meluas di rumah kediaman di Malaysia ketika keadaan cuaca berada dalam keadaan tidak menentu. Fenomena El-Nino, cuaca panas dan kering adalah diantara punca cuaca menjadi panas. Berikut dikongsikan tips-tips mudah dan senang penggunaan aircond dalam menjimatkan bil elektrik.


cara menjimatkan letrik

Penggunaan Aircond Secara Bijak : Tips Penjimatan Tenaga Elektrik

Berikut adalah beberapa tips cara penggunaan aircond yang bijak dalam menjimatkan penggunaan elektrik ketika cuaca panas dan kering. 

1. Pilih Kuasa Aircond Yang Sesuai

Memilih saiz aircond (Horsepower - HP) yang betul. Penggunaan adalah bergantung kepada jenis sesebuah kawasan seperti keluasan, tinggi ceiling dan jumlah pengguna. Aircond berkuasa 1 hingga 2 HP sesuai untuk bilik yang kecil dan sederhana. 

2. Memilih suhu yang betul 

Suhu sistem penghawa dingin yang ideal untuk penjimatan tenaga adalah di antara 22 ke 26 darjah celsius. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara ketika penyaman udara berfungsi bagi memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik. Menutup tingkap dan pintu ketika menggunakan penyaman udara dapat membantu dalam menyejukkan suhu bilik dengan lebih cepat.

3. Menukar Filters Aircond Dengan Kerap

Penapis penghawa dingin perlu dibersihkan dengan kerap bagi mengelakan edaran udara dihalang. Filters yang selalu dibersihkan akan memaksimumkan potensi penyejukan unit disamping memberikan kecekapan penghawa dingin.

4. Beli Aircond Jenis 5 Star Dan Inverter

Peralatan elektrik bertaraf 5 bintang adalah lebih efisien dan menjimatkan. Lebih banyak bintang maka lebih banyak penjimatan. Selain itu, pengguna juga boleh memilih Aircond dari jenis Teknologi Inverter. Walaupun mahal, teknologi Inverter mampu memberikan penjimatan elektrik sehingga 20% hingga 40%. Pilihan ini merupakan salah satu alternatif dalam menjimatkan tenaga elektrik.

5. Penyelenggaran Secara Kerap

Walaupun unit aircond anda masih berfungsi baik, servis/ penyelenggaran masih perlu dibuat secara berkala. Servis setahun sekali pun OK bergantung kepada keadaan dan umur unit. Berbanding dengan penapis udara yang boleh dibuat sendiri, penyelenggaraan berkala perlu dilakukan oleh orang yang mahir. Diantara kerja-kerja yang terlibat adalah seperti memeriksa salur air (hose)/ kompressor, mengesan kecocoran, memeriksa jumlah kuantiti gas dan banyak lagi. 

Semoga Tips Penjimatan Aircond Cara Mudah Dan Bijak ini bermanfaat buat semua. Ianya bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik. 

0 comment... add one now