Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort

Senarai Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort. Berapa harga tiket masuk? Bangi Wonderland sebuah taman tema air dan resort tarikan terbaru di Semenyih dan Bangi pasti menjadi tumpuan sempena cuti umum ataupun cuti sekolah. Bangi Wonderland Theme Park & Resort telah dibuka kepada orang ramai pada 27 Ogos 2016 dan dibina di kawasan berkeluasan 12 ekar berdekatan Bandar Seri Putra, Bangi. Taman tema ini menawarkan sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air kepada pengunjung yang pastinya menarik dan menghiburkan.

Harga Tiket masuk Bangi Wonderland

Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort

Berikut dikongsikan senarai Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort buat panduan pengunjung yang bercadang ke sini. Antara tarikan menarik di Bangi Wonderland adalah Kid’s Adventure, Water Cannon, Magic Funnel, Boomeriang dan Wonder Loop.

Waktu Operasi

Taman Tema Bangi Wonderland akan beroperasi seperti berikut :-
  1. Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
  2. Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah Dan Cuti Umum : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
  3. TUTUP pada setiap hari SELASA kecuali semasa cuti sekolah, cuti umum dan cuti sekolah Singapura

Harga Tiket Masuk

Berikut adalah senarai harga tiket untuk masuk ke Bangi Wonderland berdasarkan kepada kategori :-
  1. Dewasa : RM58
  2. Kanak-Kanak berketinggian di bawah 130 sentimeter : RM48
  3. Kanak-kanak berketinggian di bawah 90 sentimeter : PERCUMA
  4. Golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas : Diskaun sebanyak 50 peratus

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan sebagainya, sila layari Facebook Bangi Wonderland Themepark & Resort.

Semoga maklumat Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort ini boleh dijadikan panduan dalam merancang percutian keluarga hujung tahun ini. Selamat bercuti.

0 comment... add one now