Permohonan SMA Terengganu 2017 Online

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2017 Online. Berita baik buat pelajar UPSR 2016. Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) dan Madrasah Moden MAIDAM kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara online bermula dari 17 hingga 25 November 2016. Kepada pelajar yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk memohon.

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu online

Permohonan SMA Terengganu 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan SMA Terengganu 2017 secara online. Untuk makluman, borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibu bapa/ penjaga.

Tarikh Permohonan

Permohonan kemasukan ke SMANT akan dibuka/ ditutup seperti tarikh berikut:-
  • 17 November 2016 (Khamis) jam 9.00 pagi : Tarikh Buka
  • 24 November 2016 (Khamis) jam 5.00 petang : Tarikh Tutup

Cara Buat Permohonan SMANT Online

Sila layari applikasi permohonan di SMANT. Sila Pilih Kategori dan Klik Gambar Untuk Membuat Permohonan. Pemohon perlu merujuk kepada nota dan syarat kemasukan setiap sekolah dan kemudiannya Klik Applikasi permohonan SMA Online untuk memohon.

A. Sekolah Berasrama Penuh : Tingkatan 1 SMA(A)SZA

Syarat Kemasukan Ke SMA (A) Sultan Zainal Abidin
  1. Mendapat 3A 3B dalam peperiksaan UPSR 2016
  2. Rakyat Terengganu
  3. Beragama Islam
  4. Lulus Sijil KAFA atau setaraf dengannya
  5. Umur tidak melebihi 13 tahun

B. Sekolah Bukan Berasrama Penuh (SMANT Harian)

syarat kemasukan sma terengganu

C. Madrasah Moden Maidam

Murid tahun enam (6) yang telah menduduki UPSR 2016 dan berminat dan layak boleh memohon. Syarat Kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM adalah seperti berikut :-

1. Tiada unit dikenakan dalam UPSR 2016.
2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu iaitu :
   : Bapa lahir di Terengganu Darul Iman ATAU
   : Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3. Lulus Ujian KAFA atau setaraf dengannya.
4. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian seperti berikut :
    : Bahagian A : Ujian Al-Quran dan Personaliti
    : Bahagian B : Ujian Kemahiran Jawi
    : Bahagian C : Ujian Kemahiran Penulisan Bahasa
5. Bersetuju menerima ketiadaan PT3 dalam Madrasah Moden MAIDAM Negeri Terengganu (3MNT).
6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan daripada 3MNT yang berkaitan. 
 


Senarai Madrasah Moden MAIDAM Negeri Terengganu (3MNT) adalah seperti berikut :-
  • 1. Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus (3MKN) untuk pelajar lelaki sahaja
  • 2. Madrasah Moden MAIDAM Besut (3MB) untuk lelaki sahaja
  • 3. Madrasah Moden MAIDAM Kuala Berang (3MKB) untuk pelajar perempuan sahaja
  • 4. Madrasah Moden MAIDAM Dungun (3MD) untuk pelajar lelaki sahaja

Semakan Ujian Bertulis

Ujian Bertulis boleh disemak pada 28 November 2016 (Isnin). Ujian akan diadakan pada tarikh seperti berikut :
  1. 4 Disember 2016 : Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu
  2. 5 Disember 2016 : Kemasukan ke SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
  3. 1 Disember 2016 : Kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM Terengganu

Semakan Keputusan Tawaran

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan dan tawaran secara online pada 20 Disember 2016. Pendaftaran sekolah bagi tingkatan 1 tahun 2017 adalah seperti berikut :
  1. Sekolah Menengah Agama Terengganu pada 27 Disember 2016
  2. SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 08 Januari 2017 (Ahad)
  3. Madrasah Moden MAIDAM Terengganu pada 28 Disember 2016 (Rabu) 

Untuk makluman, permohonan untuk pelajar PT3 2016 (kemasukan Tingkatan 4) dan kemasukan Tingkatan 6 juga melalui applikasi permohonan ini. Tarikh permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sumber SMA online

Selamat membuat permohonan SMA Terengganu 2017 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk pengajian tahun 2017.

0 comment... add one now